Guru
Kata Dr. Fadzillah Kamsah dlm rancangan bual bicara di Astro Oasis malam tadi, dia ada 70 no telefon guru untuk dia rujuk. Setiap permasalahan yang dia tidak pasti semestinya dia terus menelefon guru-guru tersebut. Saya setuju, dan saya rasa kita perlu ikut.
Semasa bicara di kelas Kalkulus yang dikendalikan oleh Bapa angkat Wan Norhayati (Tragedi UTM), dia ada bercerita tentang dia baru pulang dari Putrajaya menerangkan cara matematik menyelesaikan masalah negara ketika kemelesetan ekonomi 1998/1999. Antara yang kita boleh belajar dari bekas PM kita itu ialah merujuk pada yang pakar untuk mendapat pandangan yang berbeza. Sebanyak mungkin pandangan, maka luaslah rangka pemikiran (horizon) kita.
Kata kunci saya adalah guru!
Catatan sendiri : Mahu masukkan sebanyak mungkin no telefon guru-guru dan letakkan dalam group khas dalam senarai nombor telefon




