RSS Feed

Category Archives: Mainstream

Pendidikan PERCUMA vs PTPTN

Posted on

1. Saya penat bila membaca komen-komen di status FB. Pandangan sesetengah teman seperti tersasar apa yang ingin disampaikan.

2. Mari kita mula dengan asas. Apakah yang diminta rakyat? -iaitulah Pendidikan PERCUMA.

3. Jadi, harap persetankan segala isu PTPTipuN itu, bagi membolehkan kita fokus pada isu pendidikan percuma.

4. Semua maklum, pendidikan di IPT bukan lagi eksklusif. Ianya satu keperluan di Malaysia bagi mencapai hasrat negara maju pada 2020.

5. Pendidikan adalah perkara asasi yang perlu dipenuhi oleh kerajaan yang bertanggungjawab. Maka, amatlah merunsingkan semua pihak, kita adik-adik/anak-anak kita di alam IPT sudah menanggung beban hutang ketika masih belum lagi bekerja.

6. Maka, alangkah eloknya diberi pendidikan PERCUMA?

7. Ada yang komplen, dengan begini mungkin ramai tidak menghargai nilai PERCUMA itu. Maka saya mahu jawab, mengapa kita mempersoalan penghargaan orang lain sedangkan amanah kita pada wang masih belum kita tunaikan?  Maka, kita sama-sama penuhi amanah ini, bukan melontar kata prasangka untuk melepas diri.

8. Sekurangnya, kita pun sudah berusaha untuk melaksanakan pendidikan percuma.

9. Maaf Dato Menteri Pengajian Tinggi, kenyataan anda yang mahukan wang itu dikembalikan adalah satu kenyataan yang tidak berhati-hati. Orang desak pendidikan percuma, dia minta dibayar balik duit dipinjam. Bukankah ia tidak mencerminkan keintelektualan Dato’ dalam berdiskusi.

Saya malu Pak Menteri!

 

TAMBAHAN KOMEN SAYA DI FB : 

“satu masa nanti kalau terbukti kita mampu menyediakan pendidikan percuma, ketika itulah semua akan ambil peluang untuk mengatakan dia bagus. Idea menarik untuk pendidikan percuma ini bukan khayalan pun sebab bila kita bicara tentang idea, sudah tentu kita berfikir dari mana datang duitnya. Dulu, bila kita kata perlu mansuh ISA, ramai tak setuju dgn alasan itu dan ini. Akhirnya, berlaku juga pemansuhan ISA. Rasa tergelak dgn lidah bercabang pemimpin yg mahukan ISA, kini menyokong ISA. Kesimpulan, bila kita bercakap tentang idea, kita kemukakan hujah dan fakta menyokong. Kepada yang tidak mahukan pendidikan percuma, bolehlah bayar bila tiba masanya nanti. Jgn lupa juga, sekolah rendah dan menengah skrg akhirnya dah boleh buat tiada yuran sekolah, tak ada pun yg komplen budak2 yg dpt belajar free ini tak score dkt sekolah… Jadi, alasan tak boleh score tu bukan point utk tidak boleh menyediakan pendidikan percuma sbb akibat tak boleh score, susah la nak dpt kerja..

P/s:
1.Budaya kita mentaliti score, tapi kalau cuba tgk dkt mana-mana tpt pun, kejayaan orang bukan hanya pointer semata-mata kerana proses pendidikan itu berterusan..

2.Pendidikan percuma adalah akses kepada rakyat untuk menimba ilmu secara berterusan dgn mudah.

3.Pendidikan bukan komoditi tetapi ianya kebajikan dari pemerintah.

Advertisements

Debat

Posted on

Seronok menonton dalam video ini. 2 orang bernama Saifuddin cukup menarik minat saya.

Kata moderator pada hujung debat, ” rakyat pada hari ini dari segi kehidupan mereka lebih selesa, perut mereka lebih terisi.. antara cabaran PR”.  Saya terus senyum, kerana politik rakyat kebanyakkan adalah untuk menjaga perut.

 

Dunia nombor

Posted on

Dunia sekarang perlu fakta dan nombor. Lagi bagus ada perbandingan yang buruk dan yang baru. Baru itu dipanggil penilaian yang tepat. Selamat tinggal dunia sentimen!

20120103-084457.jpg

Kebajikan

Posted on

Marah benar parti Keris kepada parti Bulan bila sebut negara Berkebajikan. Tok Guru Presiden secara jelas mengupas tajuk itu. Yang penting ia AMAT berbeza negara kebajikan tajaan eropah berbanding negara Berkebajikan gagasan Tok Guru. Pesan saya, baca dulu isi kandungan buku sebelum memberi komen atau cuma pandang pada kulit buku sahaja.

Maafkan saya kalau saya kata tolol atau sila diam untuk komen-komen merapu tanpa nas!

20111225-103218.jpg

20111225-103150.jpg

Wakil IM

Posted on

20111222-103905.jpg

Nah teman, wakilmu memberi pandangan. Tak keruan?

Krisis

Posted on

Ramai tak senang dengan pertikaian di media parti bulan sejak sehari dua ini. Manakan tidak, parti Islam inilah sebahagian rakyat Malaysia harapkan untuk memartabatkan Islam.

Jangan gopoh adalah nasihat pada diri sendiri. Biarlah semuanya selesai untuk kita arkibkan kelak. Jangan lupa pada kisah yang telah berlalu, dari Presiden sehinggalah ahli biasa telah gugur ditengah perjalanan, tapi parti ini tetap utuh.

Ujiannya dari segenap sudut, maka berdoalah kita agar terus teguh dan tetap pada jalanNya. Apakah hidup kita ini untuk redhaNya, maka jalanNya sahajalah untuk capai hasrat itu.

Mungkin kita ada sedikit kabur, selagi tetap pada perlembagaanya selagi itulah saya bersamanya.Ameen!

Hari beli-belah Parti Keris

Posted on

Anggota Parti Keris berkumpul hujung minggu ini untuk berjual beli. Tanpa pemilihan, gara-gara kebimbangan pertembungan puak-puak tertentu bagi keharmonian menjelang Hari Memangkah Tanah Melayu ke-13, akhirnya parti keris menangguhkan pemilihan.

Berduyun-duyun berkunjung ke KL itu disamping membeli-belah, maklumlah hari gembira parti keris disamping ucapan motivasi menjunjung tinggi Ketua Parti. Akan kedengaran juga azam panas membara untuk mengekalkan kuasa yang ada dalam kesejukan dewan milik parti itu. Semuanya untuk memastikan Parti Keris ini saja yang boleh berkuasa, parti lain tidak boleh diberi peluang berkuasa kerana mitos dalam parti Keris mengatakan akan punah negara bila bertukar parti nanti. Mungkin parti Keris terlalu asyik sehingga lupa ada tika parti berkuasa akan jatuh jua.

Tidak ada dalam tamadun dunia kerajaan itu kekal selamanya.

Jika ada pemilihan, bertaburan wang memenuhi perwakilan. Cakap saja mahu undi siapa, maka persiapkan ongkosnya. Tapi,tahun ini sepi sementara.

Mungkin juga, perjumpaan terakhir Parti Keris dalam keadaan ditampuk kuasa?
Kita perlu merakamnya untuk bahan arkib sejarah negara kita 🙂