RSS Feed

Cuti

Posted on

Agak lama juga berehat, begitulah juga melawat di blog ini. Tergerak hati melawat blog bila mendengar ‘bait’bait’ indah yang dilafaz oleh Dr. Siddiq Fadzil, bekas pimpinan ABIM satu ketika dahulu dalam forum anjuran kumpulan Karangkraf. Ayat ringkas, tetapi mendalam.

Itulah cara saya, tidak perlu dipanjang ‘post’, cuma seringkas yang mungkin. Nanti bila panjang akan jadi melalut. Kalau perlu, cuma sekeping gambar yang saya akan biarkan semua menafsir sendiri dari perspektif masing-masing. Selamat kembali!

 

Pendidikan PERCUMA vs PTPTN

Posted on

1. Saya penat bila membaca komen-komen di status FB. Pandangan sesetengah teman seperti tersasar apa yang ingin disampaikan.

2. Mari kita mula dengan asas. Apakah yang diminta rakyat? -iaitulah Pendidikan PERCUMA.

3. Jadi, harap persetankan segala isu PTPTipuN itu, bagi membolehkan kita fokus pada isu pendidikan percuma.

4. Semua maklum, pendidikan di IPT bukan lagi eksklusif. Ianya satu keperluan di Malaysia bagi mencapai hasrat negara maju pada 2020.

5. Pendidikan adalah perkara asasi yang perlu dipenuhi oleh kerajaan yang bertanggungjawab. Maka, amatlah merunsingkan semua pihak, kita adik-adik/anak-anak kita di alam IPT sudah menanggung beban hutang ketika masih belum lagi bekerja.

6. Maka, alangkah eloknya diberi pendidikan PERCUMA?

7. Ada yang komplen, dengan begini mungkin ramai tidak menghargai nilai PERCUMA itu. Maka saya mahu jawab, mengapa kita mempersoalan penghargaan orang lain sedangkan amanah kita pada wang masih belum kita tunaikan?  Maka, kita sama-sama penuhi amanah ini, bukan melontar kata prasangka untuk melepas diri.

8. Sekurangnya, kita pun sudah berusaha untuk melaksanakan pendidikan percuma.

9. Maaf Dato Menteri Pengajian Tinggi, kenyataan anda yang mahukan wang itu dikembalikan adalah satu kenyataan yang tidak berhati-hati. Orang desak pendidikan percuma, dia minta dibayar balik duit dipinjam. Bukankah ia tidak mencerminkan keintelektualan Dato’ dalam berdiskusi.

Saya malu Pak Menteri!

 

TAMBAHAN KOMEN SAYA DI FB : 

“satu masa nanti kalau terbukti kita mampu menyediakan pendidikan percuma, ketika itulah semua akan ambil peluang untuk mengatakan dia bagus. Idea menarik untuk pendidikan percuma ini bukan khayalan pun sebab bila kita bicara tentang idea, sudah tentu kita berfikir dari mana datang duitnya. Dulu, bila kita kata perlu mansuh ISA, ramai tak setuju dgn alasan itu dan ini. Akhirnya, berlaku juga pemansuhan ISA. Rasa tergelak dgn lidah bercabang pemimpin yg mahukan ISA, kini menyokong ISA. Kesimpulan, bila kita bercakap tentang idea, kita kemukakan hujah dan fakta menyokong. Kepada yang tidak mahukan pendidikan percuma, bolehlah bayar bila tiba masanya nanti. Jgn lupa juga, sekolah rendah dan menengah skrg akhirnya dah boleh buat tiada yuran sekolah, tak ada pun yg komplen budak2 yg dpt belajar free ini tak score dkt sekolah… Jadi, alasan tak boleh score tu bukan point utk tidak boleh menyediakan pendidikan percuma sbb akibat tak boleh score, susah la nak dpt kerja..

P/s:
1.Budaya kita mentaliti score, tapi kalau cuba tgk dkt mana-mana tpt pun, kejayaan orang bukan hanya pointer semata-mata kerana proses pendidikan itu berterusan..

2.Pendidikan percuma adalah akses kepada rakyat untuk menimba ilmu secara berterusan dgn mudah.

3.Pendidikan bukan komoditi tetapi ianya kebajikan dari pemerintah.

A dan B

Posted on

A melawan B. Kita baca dan perhati 🙂

Turkey in memory :)

Posted on

Peminat tegar mukabuku

Posted on

‎10 minutes tazkeerah 🙂

Syariah

Posted on

20120108-140433.jpg

Rupanya, berniaga telefon juga ada konsep pematuhan syariah. Selama ini saya guna telefon yang bukan ikut prinsip syariahkah?

Guru

Posted on

Kata Dr. Fadzillah Kamsah dlm rancangan bual bicara di Astro Oasis malam tadi, dia ada 70 no telefon guru untuk dia rujuk.  Setiap permasalahan yang dia tidak pasti semestinya dia terus menelefon guru-guru tersebut. Saya setuju, dan saya rasa kita perlu ikut.

Semasa bicara di kelas Kalkulus yang dikendalikan oleh Bapa angkat Wan Norhayati (Tragedi UTM), dia ada bercerita tentang dia baru pulang dari Putrajaya menerangkan cara matematik menyelesaikan masalah negara ketika kemelesetan ekonomi 1998/1999. Antara yang kita boleh belajar dari bekas PM kita itu ialah merujuk pada yang pakar untuk mendapat pandangan yang berbeza.  Sebanyak mungkin pandangan, maka luaslah rangka pemikiran (horizon) kita.

Kata kunci saya adalah guru!

Catatan sendiri : Mahu masukkan sebanyak mungkin no telefon guru-guru dan letakkan dalam group khas dalam senarai nombor telefon 🙂