RSS Feed

Category Archives: Me

Cuti

Posted on

Agak lama juga berehat, begitulah juga melawat di blog ini. Tergerak hati melawat blog bila mendengar ‘bait’bait’ indah yang dilafaz oleh Dr. Siddiq Fadzil, bekas pimpinan ABIM satu ketika dahulu dalam forum anjuran kumpulan Karangkraf. Ayat ringkas, tetapi mendalam.

Itulah cara saya, tidak perlu dipanjang ‘post’, cuma seringkas yang mungkin. Nanti bila panjang akan jadi melalut. Kalau perlu, cuma sekeping gambar yang saya akan biarkan semua menafsir sendiri dari perspektif masing-masing. Selamat kembali!

 

Advertisements

Pendidikan PERCUMA vs PTPTN

Posted on

1. Saya penat bila membaca komen-komen di status FB. Pandangan sesetengah teman seperti tersasar apa yang ingin disampaikan.

2. Mari kita mula dengan asas. Apakah yang diminta rakyat? -iaitulah Pendidikan PERCUMA.

3. Jadi, harap persetankan segala isu PTPTipuN itu, bagi membolehkan kita fokus pada isu pendidikan percuma.

4. Semua maklum, pendidikan di IPT bukan lagi eksklusif. Ianya satu keperluan di Malaysia bagi mencapai hasrat negara maju pada 2020.

5. Pendidikan adalah perkara asasi yang perlu dipenuhi oleh kerajaan yang bertanggungjawab. Maka, amatlah merunsingkan semua pihak, kita adik-adik/anak-anak kita di alam IPT sudah menanggung beban hutang ketika masih belum lagi bekerja.

6. Maka, alangkah eloknya diberi pendidikan PERCUMA?

7. Ada yang komplen, dengan begini mungkin ramai tidak menghargai nilai PERCUMA itu. Maka saya mahu jawab, mengapa kita mempersoalan penghargaan orang lain sedangkan amanah kita pada wang masih belum kita tunaikan?  Maka, kita sama-sama penuhi amanah ini, bukan melontar kata prasangka untuk melepas diri.

8. Sekurangnya, kita pun sudah berusaha untuk melaksanakan pendidikan percuma.

9. Maaf Dato Menteri Pengajian Tinggi, kenyataan anda yang mahukan wang itu dikembalikan adalah satu kenyataan yang tidak berhati-hati. Orang desak pendidikan percuma, dia minta dibayar balik duit dipinjam. Bukankah ia tidak mencerminkan keintelektualan Dato’ dalam berdiskusi.

Saya malu Pak Menteri!

 

TAMBAHAN KOMEN SAYA DI FB : 

“satu masa nanti kalau terbukti kita mampu menyediakan pendidikan percuma, ketika itulah semua akan ambil peluang untuk mengatakan dia bagus. Idea menarik untuk pendidikan percuma ini bukan khayalan pun sebab bila kita bicara tentang idea, sudah tentu kita berfikir dari mana datang duitnya. Dulu, bila kita kata perlu mansuh ISA, ramai tak setuju dgn alasan itu dan ini. Akhirnya, berlaku juga pemansuhan ISA. Rasa tergelak dgn lidah bercabang pemimpin yg mahukan ISA, kini menyokong ISA. Kesimpulan, bila kita bercakap tentang idea, kita kemukakan hujah dan fakta menyokong. Kepada yang tidak mahukan pendidikan percuma, bolehlah bayar bila tiba masanya nanti. Jgn lupa juga, sekolah rendah dan menengah skrg akhirnya dah boleh buat tiada yuran sekolah, tak ada pun yg komplen budak2 yg dpt belajar free ini tak score dkt sekolah… Jadi, alasan tak boleh score tu bukan point utk tidak boleh menyediakan pendidikan percuma sbb akibat tak boleh score, susah la nak dpt kerja..

P/s:
1.Budaya kita mentaliti score, tapi kalau cuba tgk dkt mana-mana tpt pun, kejayaan orang bukan hanya pointer semata-mata kerana proses pendidikan itu berterusan..

2.Pendidikan percuma adalah akses kepada rakyat untuk menimba ilmu secara berterusan dgn mudah.

3.Pendidikan bukan komoditi tetapi ianya kebajikan dari pemerintah.

Plat kenangan

Posted on

20120101-011930.jpg

Ini kenangan lalu, dibuang dari Tanah British menuju ke Tanah Melayu. Umurnya di sini baru 3 bulan’

Tutup masehi

Posted on

Saya tutup 2011 masehi dengan pekena 2 biji durian selepas isya’ lantas terus tertidur.
7 minit sebelum tahun baru masehi, tersedar dari lena, rupanya umat kita terus hanyut tahun yang bukan milik kita.

Durian

Posted on

Buahnya ranum, rezeki tahun ini. Indahnya ciptaanMu dan kebesaran milikMu, tapi ku angkur diriku selalu tersungkur pada keindahan dunia yang sementara.

Masjid ya teman, rumahMu yang Engkau subur.

20111221-025653.jpg

Kotak dan mee

Posted on

20111129-044233.jpg

20111129-044221.jpg

12 kotak selamat sampai tanpa sebarang masalah. Tiada pecah mahupun rosak. Saya urut dada dan menadah syukur.

Sejak kembali, kemahiran memasak kian tumpul, sekurangnya mee goreng ini mampu menjadi perangsang peribadi untuk muncul dengan menu ke-2.

Nota : membilang hari menjadi tukang masak sepenuh masa bila hadirnya penambah seri keluarga March nanti, insyaAllah 🙂

Pesan tokoh

Posted on

20111129-043013.jpg

Kata Dr Mehdi Akef dalam temu mata tempohari,
Pengurusan masa penting dlm usrah. Tidak perlu menggunakan masa yg lama.

Saya terus bungkam dengan masa usrah masa yang lalu. Teman, teori di buku ini perlukan masa yang panjang dengan manusia yang pelbagai latarbelakang ini. Simpan teori, dan hormatilah praktikaliti ini. Semoga masa kita terus kemas

Catatan peribadi: Apa khabar teman-teman jelmaan ‘wakil IM’ ini? 🙂