RSS Feed

Mengikut

Posted on

Satu perkara yang selalu saya pegang, buat keputusan berdasarkan ilmu dan kefahaman dan meletakkan pengaruh rakan-rakan pada peratus yang amat rendah. Kalau boleh letak cuma 10 peratus sahaja untuk kita faham mengapa rakan memilih keputusan itu.

Ketika di asrama, Alhamdulillah banyak keputusan saya tidak ikut teman-teman. Benda yang saya paling tak akan lupa adalah keputusan untuk menjauhi ‘geng merokok’. Bukan tidak berkawan dengan mereka, tetapi tidak ikut serta merokok bersama mereka. Jawapan mereka untuk merokok adalah menunjukkan mereka ‘hebat’-jawapan yang tak boleh saya terima untuk ikut.

Di kampus selatan, saya memilih bersama perjuangan Islam bukan mengikut teman. Saya belajar untuk memahami apa itu akidah perjuangan, sejarah dan merujuk pada yang pakar dan barulah membuat keputusan. Berjuang ini boleh dipaksa, tetapi alangkah seronok berjuang dengan kefahaman yang betul?

Ada satu gejala masalah mahasiswa  yang saya kesan sepanjang saya berada di UK, iaitulah membuat keputusan berasaskan sentimen dan mengikut teman. Itu saya jumpa. Tapi, maaflah kepada sesiapa yang buat keputusan berdasarkan dua hal ini, saya berpendapat keputusan anda tidak betul.  Tak bermakna anda berada dijalan salah sepenuhnya, cuma bolehkah anda ‘review’ kembali keputusan anda? Saya pernah jumpa orang yang berjaya selepas proses ‘review’  :)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: