RSS Feed

Malaysia

Posted on

Maaf buat pengunjung yang ternanti-nanti…

Biasalah, bila balik ke kampung tanah tumpah darah, ditambah urus itu dan ini disamping ke sana dan ke mari, akhirnya tergugat juga tampalan di blog. Rasanya sudah hampir terlupa. Dekat sini panas!

1. Suri sudah berbadan dua masuk minggu ke-21. Minggu ini, si permata hati menendang-nendang lapisan lemak suri. Senyum menawan suri dengan perkembangan pertama. Perkembangan si permata hati kali pertama kami membuatkan suri terlalu ‘excited’.

2. Rumah sewa dah masuk bulan ke-2. Rumah milik sahabat lama 4 bilik, besar tapi tidak termampu untuk kami guna semuanya. 2 bilik ditingkat atas kosong, menantikan tetamu datang. Kelengkapan asas sudah disiapkan dalam sebulan yang lepas, Alhamdulillah.

3. Masih menunggu bulan jatuh ke riba dalam bab kerja. Sekali fikir mahu sangat-sangat kerja, tapi bila fikir banyak kali pula mahu diselesaikan dulu urusan kereta. Suri pula menunggu surat rasmi dari universiti sana.

4. Hampir sebulan juga menunggu AP. Kadangkala geram juga dengan sistem sekarang yang cukup lembap. Cuba dirasionalkan perasaan geram dengan kekangan manusia dan prosedur yang perlu dipatuhi. Saya cuma lontar geram dalam FB dengan berkata : “hasil dari ETP/GTP…”, buat kata peransang sang penguasa yang sedang menghitung harinya.

5. 11.11.11 akhirnya tak terlaksana pembubaran parlimen oleh Pak Memanda. Suasana politik semasa tidak memberangsangkan agaknya. Isu hangat berlegar hasil laporan (baca :lewat berbelas hari) oleh Jabatan Akauntan Negara. Dari ladang lembu hinggalah pengurusan duit khazanah negara dilapor semua.

6. Saya rindukan cuaca summer tempohari. Badan melekit-lekit. Terima kasih!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: