RSS Feed

Catatan kaki pagi Jumaat.

Posted on

[Catatan 27.5.2011]

Sabtu nanti pada jam 7.30petang, perlawanan Liga Juara-juara menemukan FC Barcelona dengan Manchester United. Saya selalu mimpikan agar boleh menonton perlawanan sebegini, apatah lagi cukup dekat dengan tempat tinggal saya. Lebih kurang 30 minit sahaja menaiki Southwest Train ke Stadium itu-Wembley.

Minggu depan bermula pula peperiksaan semester terakhir dan juga penutup selama berkelana 3 tahun di UK, kenangan pelbagai rasa yang ada disini. Takdir Allah S.W.T yang telah menetapkan perjalanan hambaNYA, walaupun kadangkala hairan bagaimana perancangan Allah yang begitu hebat, tapi jangan dilupa pada istidraj pula.

Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W pada pagi jumaat ini. Burung yang berkicau diluar bilik menambahkan lagi syahdu dikala hati ini makin keras dan tak menentu, kurang zikir dan terlebih fikir agaknya.Apatah lagi, cukup menyentuh emosi dengan isu semasa yang tidak habis-habis dan sememangnya itulah fitrah kehidupan. Mana mungkin sunnatullah ini cuma mendatar tanpa ujian- ah, rasa kurang cerdik pula terfikir sedemikian rupa.

Musim bermuktamar (mesyuarat), adalah untuk mendapat pandangan dan mencari halatuju. Maka janganlah dirisau dengan kritikan pedas dan juga suara sumbang diterima. Terimalah segala kritikan, kerana ingin terus mendapat redhaNYA. Selamat bermuktamar!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: