RSS Feed

Ulama’ dan Professional

Posted on

1. Izinkan saya membuat penafian terlebih dahulu dalam penulisan saya ini. Tulisan ini hanyalah pandangan luaran saya sahaja kerana saya masih belum larut lagi dalam situasi sebenar. Jadi, tulisan ini janganlah diambil sebagai hujah namun pandangan cetek saya sahaja. Semoga Allah mengampuni saya, Ameen.

2. Sibuk sekarang akan kedatangan pemilihan dalam Parti Dakwah dan Siasah. Agenda dimain oleh pemusuh Islam semestinya percaturan mewujudkan keadaan pecah-belah dan perselisihan. Syaitan amat suka hal sebegini.

3. Saya tidak menafikan keperluan Ulama’ dan Profesional. Semua AMAT penting. Bukan itu sahaja, surirumah, buruh, dan semua pihak memainkan peranan amat penting dalam Parti ini. Jadi, janganlah lupa pada semua pihak.

4. Saya melihat isu ini dari sudut adab. Jadi, tidak kira siapa yang biadap, saya kira kita boleh buat penilaian sendiri untuk kita memilih dalam kepimpinan. Ketika semua teruk mengutuk dan memperlekeh tanpa adabnya, saya masih setia dengan Ulama’ kerana saya faham, tiada satu proffesional lagi yang layak menggantikan mereka.

5. Satu benda yang saya mahu tekankan berkenaan dengan tugas dan tanggungjawab kita. Bila diberi amanah, laksanakanlah sebaiknya.

6. Isu yang berlaku, Presiden sekarang banyak ditekan dan ‘dilihat’ tidak mampu. Itu cuma tuduhan tidak berasas. Jadi, jika ada sesiapa yang tidak mampu bolehkah diberi hujah dan asas yang konkrit untuk kita katakan dia tidak mampu. Masih lagi tiada.

7. Sementara itu, berkira-kiralah dengan kita. Apakah kita telah membantu Presiden atau kepimpinan kita? Maaf, Presiden atau kepimpinan bukan ‘one man show’! Sementara itu, kita pula dimana?

Bilik kecil seusai subuh🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: