RSS Feed

Bersatu atas nama apa?

Posted on

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani…

1. Saya urut dada panjang-panjang. Sudah lama mahu berkongsi, tapi sehingga sekarang (ketika menulis ini) baru diberi kekuatan.

2. Saya mohon ampun jika ada yang terasa dengan tulisan ini, tapi tujuan saya adalah untuk membuka sedikit pandangan yang saya rasa perlu untuk dikongsi. Moga tulisan ini ada pahala disisi-NYA.

3. Meletakkan Al-Quran dan As-Sunnah baginda Rasul S.A.W adalah perjuangan yang tidak akan selesai kepada manusia bergelar khalifah. Apatah lagi, dunia akhir zaman. Sebagai manusia juga, redha Allah menjadi matlamat utama. Saya harap semua setuju.

4. Jatuh khalifah, semua buntu. Maklumlah, Islam sudah gemilang pada zaman Khalifah. Saya fikir, punca utama jatuh adalah kita lupa perkara asas dalam Islam. Kalau tak, mana mungkin Attartuk terfikir mahu asing agama dan pemerintahan?

5. Perjuangan selepas khalifah, tidak pernah surut dari hari pertama jatuh khalifah. Ada sahaja kumpulan yang berjuang mengikut tempat semasa.

6. Eh, jangan lupa. Tanah Melayu sejak jatuh kepada tangan Portugis pada 1511, berjuang dan terus berjuang. Jika tidak masakan Tok Janggut, Abdul Rahman Limbung dan Sarekat Islam ditubuh selepasnya?

7. Lepas kena haram Sarekat Islam, maka timbul lagi perjuangan lain atas tujuan saya maksudkan dalam perenggan nombor [3] diatas. Tak pernah putus.

8. Saya potong cerita, PAS tertubuh bukan sebab kosong. Ia selepas diharamkan Hizbul Muslimim dan usaha dalam UMNO melalui Biro Agama. Maka, PAS terus mekar sehingga hari ini. Sekali lagi saya katakan, perjuangan itu tidak pernah layu melainkan seperti perenggan nombor [3]. Ia adalah rantai-rantai yang menyambung perjuangan.

9. Cacat-cela sebagai Jemaah Dakwah dan Siasah itu biasa. Tetapi, tidak pernah sesekali asas Al-Quran dan As-Sunnah berubah. Biasalah bila masuk siasah, ejen Yahudi Laknatullah sentiasa datang dengan kepalsuan berita [baca : fitnah yang dijanjikan diakhir zaman]. Itu fakta nyata dan bukan saya auta.

10. Saya gembira ada jemaah lain dalam masa yang sama dengan asas selagi masing-masing bantu-membantu dan saling bekerjasama. Tapi, itu adalah teori pada saya. Atas kertas nampak indah, tetapi pada peringkat pengkaderan ianya akan mencalar sesiapa sahaja termasuk yang dewasa.

11. Sedangkan Imam ketika solat berjemaah cuma SATU, bagaimana kita boleh adakan imam ke-2 melainkan imam yang pertama selesai solatnya?

12. Apa salah jemaah pertama, sedangkan jemaah pertama masih tetap atas dijalanNYA? dan kita terus bermain prasangka. Saya pening sehingga kini kerana kurangnya tenaga yang diharap membantu perjuangan dek kerana isu ini. Kerana kita terus menghalalkan banyaknya jemaah lain dan pastinya ada pergeseran walaupun kecil.

13. Jika ini berterusan, banyak lagi jemaah lain akan muncul satu masa nanti, percayalah.Gerak kerja hampir sama, usrah,daurah,mukhayyam dan lain-lain semua ada -isi kandungan hampir sama. Baru tahu kita sudah bercerai-berai bukan kerana isi tetapi jemaah semata.Jika orang tanya saya tentang banyak jemaah ini, saya akan kata: “Yahudi laknatullah cukup suka hati banyak jemaah ini!” -tak perlu hukum pun.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: