RSS Feed

Istiqamah

Posted on

Antara perkongsian saya pada teman-teman di Surrey minggu lepas adalah perlunya kita istiqamah dalam perbuatan. Saya teringat akan sahabat Rasulullah S.A.W akan kejayaan dan intipati mereka akan istiqamah. Saya dengan jelas memberitahu yang perlunya hidup kita tidak bermusim.

Sebagai contoh, bilamana masuknya musim peperiksaan, maka berbondong-bondonglah antara kita ke ‘Prayer Room’ bersolat berjemaah. “Apakah kita dalam kesulitan saja baru mahu dekat dengan pencipta?”

Saya akui, istiqamah ini bukan hal yang senang. Maklumlah, ianya memerlukan kekuatan dalaman dan juga daya ketahanan yang tinggi. Apatah lagi, ada saja hal yang membantutkan istiqamah ini. Tetapi, saya amat percaya ganjaran istiqamah bukan untuk manusia biasa.

Sejujurnya, pada saya amalan bermusim amatlah rugi. Kembalilah kepada amalan seharian dan terurus. Mulakan dengan sedikit dan perbanyakkannya dari hari ke hari.

Kisah Harithah bin Suraqah (17 tahun)
 “… Aku bangun pagi ini sebagai seorang yang benar-benar beriman…. Aku berpaling dari keinginan dunia; aku qiamullail sepanjang malam dan aku puasa pada siangnya; seolah-oleh aku melihat Arasy Allah dihadapanku; seolah-oleh aku melihat ahli syurga sedang bersenang-lenang dan seolah-oleh aku lihat ahli neraka sedang disiksa”

Rasulullah bersabda: “Hendaklah engkau istiqamah”

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: