RSS Feed

Akhlak

Posted on

Salam IdulAdha. Saya tidak sempat mengisi apa-apa tulisan ketika ini, melainkan pagi subuh ini. Alhamdulillah, tergerak untuk menulis sedikit, harapnya tidaklah terlalu sedikit ataupun terlalu banyak.

Saya tidak tahu samada saya pernah bercerita atau belum dengan kisah ini. Jika tiada, baguslah. Dan jika sudah ada, saya ulangi sekali lagi. Harapan saya, ianya tidak membosankan. Tapi, bila sebut akhlak saya selalu teringatkan murabbi bagi saya, Ustaz Ismail Mustari.

[I]

Kisah yang tidak akan lupa ketika saya dalam kesulitan. Tidak menghadiri Peperiksaan Akhir TITAS II.  Kebetulan, Ustaz Ismail Mustari menjadi Pensyarah kelas itu. Saya berkunjung ke biliknya dan menjelaskan apa yang berlaku.

“Ustaz, saya sudah beritahu pada seorang budak dalam kelas saya..”, saya menjelas

“Budak? Ini budak!”, tergah Ustaz pada saya. sambil menunjukkan anaknya yang bersongkok dalam bilik itu.

Saya senyap. Terpaku dan tak terkata.

Anaknya yang baru balik bersekolah ada bersama dalam biliknya itu ditunjuk kepada saya. Saya silap bicara.

Sejak hari itu, setiap ucapan pada Ustaz saya jaga. Saya amat takut berkata-kata. Jika boleh mahu saja tutup mulut. Teramat malu dan segan.

Di masa lain, saya kerap menikmati kuliyyah Bidayatul Hidayah karangan Imam Al-Ghazali yang diisi oleh Ustaz Ismail Mustari di ‘masjid besar’. Permulaannya saya tidak mampu hadam dengan baik. Tak sampai setengah jam, saya bingkas keluar dari halaqah menuju lokasi di belakang. Saya mengantuk!

Lama-kelamaan, saya dapat rasa kemanisan kuliyyah itu. Alhamdulillah. Tak tergambar ingin mendengar kuliyyah itu lagi. Ya, tazkiyatun Nafs perlu diisi.

[II]

Saya ada sahabat yang sangat rapat. Namanya Ahmad. Satu universiti amat mengenalinya. Saya bertuah juga dapat bersahabat dengannya. Alhamdulillah.

Cuti semester kebetulan masuk bulan ramadhan. Kami berpakat-pakat menuju ke Pasir Mas. Alhamdulillah, Allah lapangkan masa untuk saya ke sana juga walaupun ada tugasan sementelah.

Satu pagi yang hening, kuliyyah bermula. Hari itu Ahmad menangis teresak-esak, tidak seperti sahabat yang lain. Tangisan Ahmad mengeggar jiwa saya. Tok Guru kata, Ahmad jiwanya lembut. Saya sungguh terkesima. Saya?

Ya, di kampus selatan dia amat diminati semua teman. Dia di hormati oleh semua orang, tidak kira berpangkat mahupun rakan taulan. Itulah kekuatan Ahmad. Berjiwa lembut, dan tenang sentiasa. Ada masalah dia tenang, dalam gembira dia menjaga akhlaknya.

Saya hairan bagaimana HEP boleh membantu Ahmad. Ada puak Aspirasi boleh mendengar kata-kata Ahmad. Ada pakcik dan makcik cukup menyukai Ahmad. Dimana sahaja, tersebut nama Ahmad. Sehinggakan, tentera sukakan Ahmad!

Akhlak ini bukan boleh dibuat-buat. Bukannya sahaja hanya mendengar satu atau sepuluh ceramah agama. Bukan juga dalam usrah yang kita sentiasa ada. Ianya adalah keluaran dari jiwa. Dekatnya kita pada Allah S.W.T. Makin dekat dengan pencipta, sepatutnya tinggilah akhlak kita.

Ianya bukan nampak cantik sehari dua, tetapi ia kekal untuk jangkamasa yang panjang. Usahalah kita untuk mengenal Allah S.W.T yang Maha Pencipta, semoga terpancar akhlak yang mampu menampan umat manusia. Badan sakit kita boleh tahu, jiwa sakit tiada siapa yang tahu. Semoga kita memperbaiki hubungan kita dengan Allah S.W.T dan seterusnya mempunyai akhlak yang sejahtera.

Saya rindukan tazkirah Ustaz Ismail Mustari dan ingin menziarahi dengan Ahmad!

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: