RSS Feed

Pengganti

Posted on

Kita selalu runsing, siapakah lagi yang akan membawa panji-panji menggantikan kita. Masa berlalu pantas, dan kita seringkali merasakan kita tidak sempat menyumbang apa-apa. Sering juga merasa mahu ‘restart’ kembali masa-masa yang berlalu itu agar dibaiki kesilapan yang telah dibuat.
Dulu saya selalu runsing, apakah yang akan terjadi pada hasil tungkus-lumus bekerja setelah kita meletakkan batu asas sebaiknya. Jika melihat pengganti, kurang benar keyakinan kita. Mungkin saya jenis suka buat A hingga Z. Mungkin sebahagian B atau separuh M saya swastakan pada teman yang lain.
Oh, dalam buat kerja saya akan pastikan saya bersungguh-sungguh. Buat sehabis baik, bak seperti ungkapan ahli-ahli pengakap ketika di MRSM dulu.
Bila lihat kembali adik-adik yang sudah ‘pro’, gembira sungguh. Lebih dari yang saya jangka. Alhamdulillah.
Kini runsing itu kembali lagi. Buatlah kerja. Tak perlu merungut di status FB pun. Tak perlu berdegar-degar habis masa dengan perkara di luar fokus kita. Ya, saya mahu semua F.O.K.U.S. Tetapkan matlamat dan buat kerja. Output itu letak di pengakhiran. Janji buat kerja!
Nota : merungut pada diri sendiri🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: