RSS Feed

1 Syawal dan 5 Syawal

Posted on

1 Syawal 1431H telah berlalu. Pengalaman kali ke-2 di rantau orang, dan kali pertama menyambut Ramadhan selepas bergelar ‘suami’. Alhamdulillah, atas nikmat dan kurniaan yang tidak terhingga. Tahun ini, seperti biasa ada kelainannya. Berpuasa di bulan Ramadhan bersama Isteri tersayang dan menikmati hidangan ifthar dan sahur bersama buat pertama kali. Inilah cinta kami yang pertama di bulan yang berkat ini.

5 Syawal 1430H yang lepas adalah tarikh akad nikah kami. Bermakna, 5 Syawal ini genaplah setahun kami bersama. Segalanya berlalu pantas, dan pengalaman ini terus dibina. Bagaimana kami mengurus kehidupan kami agar masing-masing terurus sebaik mungkin, dan memahami antara satu dengan yang lain. Saya yakin dan percaya (InsyaAllah), jika kita bina puncak menara dengan binaan asas yang kukuh, sudah pasti Allah tunjukkan jalan untuk dibina.

1 Syawal

Bila takbir EidulFitri berkumandang, bukan sahaja terasa ruginya masa yang berlalu sepanjang Ramadhan. Masih ada ruang-ruang yang perlu diisi dengan amalan, apatah lagi ‘ketua bagi segala bulan’. Masa pantas, hari berlalu dan akhirnya genap sebulan. SubhanaAllah. Bersamalah berdoa agar bertemu lagi Ramadhan pada tahun hadapan.

5 Syawal

Cuti semester lepas, masa dikumpul untuk persiapan dan memberikan sepenuh daya untuk meringankan kedua orang tua. Maklumlah, selesai sahaja hari raya ke-lima, tanggungjawab makin bertambah. Maka, kesempatan di rumah dilabur untuk memberikan tumpuan bersama keluarga. Hari raya ke lima tahun lepas memberi makna yang cukup berharga buat kami.

Oh, semoga kehadiran 1 dan 5 Syawal ini terus memberi cahaya (nur) kepada kami dalam mencari Redha kepadaMU ya Allah.  Baitul-muslim yang kami bina bukan untuk kami mengaut keuntungan dunia, tetapi pelaburan kami mengejar redhaMU ya Allah.

Tidak lupa kami sentiasa mengaminkan doa kepada seluruh umat Islam agar selamat dunia dan akhirat setiap kali menadah doa kepadaNYA.

Salam Syawal dari Saya dan Suri  :)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: