RSS Feed

They are lazy man

Posted on

They are lazy man..“, rungut makcik cina yang telah berkunjung ke Istanbul dan Greece. Kami (saya dan suri), sempat berkenalan di Sabiha Gochen Airport, kira-kira 1 jam perjalanan ke Bandar Istanbul. Ramah benar Pakcik dan Makcik cina dari Malaysia itu bila menyedari kami dari Malaysia juga.

Ya, saya dan suri berbulan madu di Istanbul. Tempat yang kami idam-idamkan. Suri suka benar dengan kisah Al-Fatih dan kisah Islamisasi sekitar Istanbul. Dulunya bandar Istanbul dipanggil Kota Konstantinopel, kota yang kukuh dan utuh dari serangan. Namun, tentera Islam mampu juga menawan Kota hebat ini.

Rasanya, semua menyedari akan satu hadis Rasulullah yang bermaksud:

“Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan seorang laki-laki. Maka  sebaik-baik pemimpin adalah pemimpin yang membebaskannya dan sebaik-baiktentara adalah tenteranya”. [H.R. Ahmad bin Hanbal]

Itulah dia kisah Sultan Muhammad Al-Fatih yang menawan Kota Konstantinopel.

Alhamdulillah, kami telah selamat pergi dan pulang ke Istanbul. Istanbul adalah nama gabungan Islam+Bul yang bermaksud Kota Islam. Namun, sebutan itu telah bertukar menjadi Istanbul~menarik bukan!

Hagia Sofia @ Istanbul

Jauh perjalanan, maka luaslah pengalaman. Banyak kisah yang kami dapat sepanjang berada di Istanbul itu. Kisah binaan,masyarakat,budaya sehinggalah kesan kejatuhan Islam bila hancurnya sistem Khalifah pada secara rasmi pada Mac 1924. Begitulah juga persepsi masyarakat terhadap Attartuk (gelaran yang diberikan kepadanya~ Bapa Pemodenan Turki,  baca: semacam kupernah dengar ayat ini) sehinggalah kesan sekularisasi dan ketamadunan Islam di zaman khalifah yang terakhir.

Itulah kisah sebahagian sejarah yang tercatat di Turki. Belajarlah sejarah dan sirah Islam, nescaya jika melihat pada pandang sisi yang betul, sejarah itulah yang akan berulang. Bukannya memandang skrip yang ada pada sejarah itu dari sudut tekstual semata, tetapi ibrah yang terkumpul begitu banyak untuk dijadikan teladan dan panduan.

Tunggulah satu masa seperti dijanjikan, Kota Istanbul kembali semula dengan Islam. Ingatilah kata makcik itu, ‘they are lazy man!’

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: