RSS Feed

Dosa dan Rokok

Posted on

Jikalau kita dapat buktikan azab yang akan menimpa diri kita bila membuat dosa, sudah pasti terkesan juga. Tetapi, saya rasa belum tentu jika dosa diazab didunia ini, manusia akan cepat bertaubat dan memperbetulkan kesilapan yang dilakukan.

Saya teringat akan rokok. Saya anggap, larangan doktor agar perokok untuk berhenti merokok seperti arahan Al-Quran kepada umat Islam. Kena buat A, tinggalkan yang B = Kena amalkan cara hidup sihat, tinggalkan amalan merokok. Jika kita ingkar, semestinya padah akan diterima.

ghjkgjhg

Macam-macam ada dalam rokok. Bunuh diri!

Dalam agama (baca: Islam), padah utama adalah dosa. Merokok pula akan menerima akibat paling busuk, paru-paru menghitam. Jika tersilap gaya, kena saman (amat jarang melihat hal ini berlaku, sebab kurangnya penguatkuasa). Islam mudah, setiap yang disuruh pasti ada keberkatan dan rahmat, manakala yang dilarang itu pastinya memudaratkan. Dengan erti kata lain, Islam adalah agama fitrah.

Begitulah juga perokok, setiap sedutan membakar wang, merosakkan tubuhbadan dan akhirnya diri sendiri juga menerima akibat. Dosa ini seperti rokok. Sekali buat, ketagih untuk mengulanginya. Bahaya betul.

Jika rasa ketagih dosa, lihatlah paru-paru perokok. Buatlah pertimbangan sendiri. Saya benci dosa, juga merokok!!!

Pilihlah paru-paru kegemaran anda

Kiri atau kanan?

Berhentilah teman-teman!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: