RSS Feed

Sebatang pen dan sehelai kertas

Posted on

Pen dan kertas

Diatas meja ada dua benda. Sebatang pen berdakwat hitam dan sehelai kertas kosong. Jikalah sekarang saya diberi peluang menulis, saya akan tulis apa sahaja yang telah saya lupa ketika peperiksaan tempohari. Siapa tidak ralat dengan ‘lupa’…

Peperiksaan kadangkala saya anggap ‘luck’. Mungkin kerana itu (kot), ada saja yang mengucapkan “Good Luck”, bila tibanya peperiksaan. Baik, kita anggapkan itu adalah ‘luck’ atau nasib kebetulan untuk kita. Silap gaya, menjawab dengan cemerlang, dan adakala berakhir dengan muka masam. Itu asam-garam sebagai pelajar.

2005 adalah tahun airmata buat saya bila sebut peperiksaan. Tidak gagal, tetapi cukup menghampakan. Saya seperti gelap-gelita. Tidak tentu arah dan hilang punca. Berbekal semangat yang sedikit, bekerjalah saya selama 7/8 bulan (saya sudah hampir lupa)  di sebuah stesen minyak di selatan tanah air.

Saban hari berkerja semacam buruh kasar. Ada ruang masa, bekerjalah seketika membersih tandas (tandas malaysia, bukan tandas UK!). Ada sejam-dua, mengambil upah memotong rumput di tempat kerja dan rumah boss dan adakalanya menggantikan rakan yang bercuti selain tugas utama. Saya anggap tahun ini tahun sedih buat diri saya.

Sebulan sekali, tugas mengorek air yang masuk ke tangki minyak. Baunya boleh jadi pengsan. Tapi, saya buat tanpa rasa ambil kisah. Disinilah saya kenali Piyan,Uncle,Satish,Suresh, Pakcik, Makcik dan Kak Rima. Walaupun ada juga tidak beberapa setuju dengan mereka, tetapi merekalah tempat saya berkongsi cerita. Pulang ke kampung cuma beberapa kali sahaja.

Saya menolak wang ibu untuk berbelanja. Saya beritahu, biarlah saya simpan wang untuk menamatkan sisa-sisa yang masih ada kerana silap saya. Bantuan abang dan kakak kandung amat saya bangga. Merekalah memberi dorongan agar bangkit dari duka-lara. Begitu jugalah sahabat-handai di rumah RS, sahabat satu batch dan yang mengenali. Mereka tahu siapa saya.

Muka seperti Piyan, Haikal, Namek, Daus  dan ramai lagi sedikit sebanyak mengingatkan perjuangan ini perlu diteruskan walau apa daya. Saya ambil semangat mereka. Apa cerita mereka?

Ya, ujian ini kadangkala tidak termampu ditanggung. Apatah lagi, melihat sebahagian besar mengikut ‘flow’ seperti ‘orang biasa’ yang lain. Hidup yang ‘smooth’ dan tenang (baca : persepsi awal saya). Kerana pen dan sebatang kertas, jika saya diuji sebelumnya, harapan dan doa saya kejayaan diiringi sebatang pen dan sehelai kertas ini. Ameen!

“Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya”(al-baqarah:286)

One response »

  1. Allah menyayangi hamba-Nya dengan sentiasa memberi ujian demi ujian kepada mereka agar mereka sentiasa ingat kepadaNya.

    All this precious experience that you have is what makes you, you today. No regrets on the past and work hard for your future. May success be yours soon!🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: