RSS Feed

Orang UK dan blog

Posted on

Ini adalah fiber optik!

Rasa-rasa saya, blog di UK ini tidak sangat mendapat perhatian dari masyarakat. Bila saja ada cerita tentang kemungkaran, pastinya BBC dan media arus perdana akan membuat liputan yang cukup berkesan. Apa-apa saja, masyarakat akan merujuk pada BBC. BBC semacam panduan dalam mencari berita sahih, tepat dan menyeluruh. Untung betul orang UK.

Agaknya, jika media di Malaysia seperti di UK ini, barangkali blog yang ada gulung tikar dah. Tak perlu lagi berita yang belum pasti kesahihannya. Ada saja berita yang diambil dalam keadaan kita ‘was-was’ akan fakta yang sebenar. Maklumlah, dunia akhir zaman ini fitnah akan bermaharajalela.

Saya tidaklah memberi gambaran media arus perdana di UK ini baik belaka. Tapi, cara mereka bekerja cukup membuat diri sendiri terpikat. Ambil contoh, ketika keputusan pilihanraya baru-baru ini, menarik sungguh pemberitaan yang dibawa. Seluruh UK mereka kembara. Samada, Konservatif, Buruh, Demokrat atau parti kecil di beri perhatian. Rakyat Malaysia yang ada di UK ini perlu bawa pengalaman berguna ini di tanah air sendiri.

Tidak semestinya apa yang ada di UK perlu diikut. Tidak sesekali. Budaya dan cara kedua-dua negara ini berbeza. Tapi, biarlah kita sendiri tapis dan fikir mana yang boleh dilaksana. Saya kesian rakyat di negara kita yang masih menelan maklumat tanpa membuat sedikit penelitian. Nak salahkan mereka, tidak juga kerana itu sahaja tempat rujukan yang mereka ada.

Moga billion yang diumum untuk meninggkatkan lagi kualiti dan kuantiti ‘broadband’ negara akan meninggalkan kesan yang berganda dalam aspek penyebaran maklumat. Hantarkan gentian optik di Felda dan ceruk kampung. Bekalkan elektrik pada masyarakat orang asli disamping sambungan satelit kepada dunia internet. Biar semua buka mata. Tapi jangan terbeliak mata pula!

p/s: TM tak ada kerja kosong di Perlis kah?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: