RSS Feed

Budi dan Judi

Posted on

Rasa terkilan juga, berita judi tak menjadi isu utama negara. Timbul pula isu yang melihat perlunya negara hapuskan subsidi minyak segera, nescaya 2018 ini lingkuplah negara kerana muflis tanggung subsidi. Gementar diri saya seketika…

Toto

Hasil mahsul negara melimpah-ruah. Tidak hanya didaratan, dilautan juga boleh ditadah. Allah S.W.T memberikan nikmat rezeki tidak terhingga di bumi Malaysia tercinta. Bila minyak dijumpai, di daratkan minyak ke bumi asing (baca : Kes minyak di Kelantan), bila banyak balak, di gondol sepuas nafsu amarah. Banyak nikmat yang dikurniakan kita kesampingkan.

Nilai manusia ada pada budi. Ditabur budi menjadi khalifah dimuka bumi. Mengurus manusia dengan adil tanpa mengira siapa dan warna. Perbezaan adalah proses ‘taaruf’ yang menghasilkan kepelbagaian dan kemajuan.

Bila mengurus manusia, ada sebahagian ditinggalkan. Sebahagian lagi dididik untuk membenci kepada satu pihak lagi. Muncullah perasaan membenci, prajudis dan perasaan tidak puas hati. Kudis dari dalam dibina sejak 50 tahun merdeka. Ditakut, diugut dan dicerca. Lawan akan masuk penjara!
Bukan mudah apa yang ditulis. Tidak semudah menekan ‘keypad’ ini lantas menghambur satu perasaan. Sebab saya melihat satu kebejatan yang amat sukar dihadapi. Mahukah lagi 50 tahun akan datang sebegini? Dunia zaman purba sudah ketinggalan. Dunia sekarang penuh kecepatan dan ketrampilan. Tiada lagi ‘excuse’ kepada kesalahan.

Bila judi difikir sebagai cara mengatasi masalah oleh orang Islam sendiri, semacam ada yang tidak kena. Katanya, “…bagi mengurangkan masalah judi secara haram..”. Masalah diatasi dengan dosa. Hah!

Hendak seribu daya. Sistem sudah punah. Bukan betulkan sistem, tetapi tukarlah sistem. Orang Islam kena yakin dan percaya sistem yang dibawa oleh Islam. Buktikan pada dunia sistem Islam mampu memecah kebuntuan dunia.

Jauhlah Malaysia dari bahaya bencana, jauhkan lagi segala azab yang menunggu masa tiba. Bukan saja orang yang  berjudi, orang yang lebih berbudi pun akan hancur sama. Kita semua!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: