RSS Feed

Belajar dan Kerja

Posted on

Belajar susah, kerja pun susah. Dua alam ini pernah saya tempuh. Saya selalu jumpa teman-teman yang berfikir, “alangkah bagus jika kembali alam belajar..”, saya sepi seketika. Manusia(baca : adakah orang lelaki saja?) berfikir yang dengan melarikan diri dari masalah akan mengubat duka akan masalah. Justeru, lari dari alam sedia ada adalah alternatif kepada cara fikir sebahagian manusia.

Kita mengimpikan kejayaan. Cara yang kebanyakkan perompak fikir, kekayaan dengan sekelip mata. Begitulah ramai yang terfikir untuk senang dengan secepat daya. Boleh jadi, sudah tidak SABAR.

Ada satu set video youtube yang saya tonton bersama suri. Amat menarik sebenarnya. Buka mata.

Sabar, adalah perkara yang ada dalam agama (baca: Islam). Nak bagi pelempang pada seseorang perlu bersabar, mahu naik bas pun kena ada konsep sabar (baca: bas dah hampir penuh seatnya), begitulah yang lain seadanya.

Kembali koreksi diri, mengapalah Islam tentukan yang tidak ada jalan mudah melainkan berusaha, tiada cara yang boleh kita buat untuk kembangkan/memartabatkan Islam melainkan ‘kita’ semua yang bekerja. Sifir yang cukup mudah.

Barangkali, sifat gelojoh adalah ujian yang tidak kita sangka akan bahayanya. Fathi Yakan ada tulis buku bertajuk ‘Bahaya (AIDS) dalam Gerakan Islam’, bercerita tentang kelemahan manusia (sememangnya lemah pun!). Kekadang, tengok hidangan didepan mata seperti 333 hari tidak berjumpa makanan. Gelojoh.

Belajar perlu bersabar, begitulah juga dengan bekerja. Gelojoh itu boleh, terutama dalam berbuat kebaikan dan kebajikan. Jangan sampai gelojoh yang menjahanamkan kita. Ada balasan apa yang kita buat, tidak didunia.. akhirat sana.

Catatan : membebel diawal pagi, mencari mood untuk peperiksaan tidak lama lagi (very..very soon  dah ni!)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: