RSS Feed

Mawi oh Mawi

Posted on

Saya membelek-belek e-mail saya yang dihantar pada beberapa tahun yang lepas (tahun 2005). Satu Malaysia gempar akan ‘aura’ yang meruntun hati dan jiwa sebahagian besar rakyat Malaysia. Anak muda dari Kulai itu, dipanggil Mawi. Lantaran sifat yang dilihat jujur berbicara, menambat ramai manusia.

Aura itu cukup membara. Seperti satu gelombang yang yang dihasilkan setelah penyanyi nasyid di Malaysia sekian lama terbelenggu dengan dunia terpencilnya. Lantaran keberanian Mawi memberanikan diri di media Astro, ramai menunggu-nunggu kemunculan nasyid dipersada dunia Malaysia.

Bukan menafikan usaha penasyid-penasyid di Malaysia, tetapi Mawi mampu memartabatkan agenda nasyid dalam konteks yang lebih besar audiennya.

Berikut adalah beberapa perkara yang menarik yang boleh dikongsi dalam agenda dakwah -membawa aura dalam dakwah yang lebih rancak dan massa berdasarkan kes Mawi.

1. Akhlak ditunjukkan oleh Mawi : bercakap secara jujur dan berani.

2. Keluarga yang baik. Ada satu babak saya diberitahu yang dalam rumah keluarga Mawi terpapar poster Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat (Mursyidul Am PAS dan juga MB Kelantan) –

3. Cuba membawa imej Islam (persepsi saya?)

4. Lagu nasyid yang ingin disampaikan (tidak ada lagi peserta ketika itu membawa lagu nasyid ke program itu)

5. Kesungguhan dan fokus.

Apakah dai’e tidak boleh mengambil iktibar dari aura yang masyarakat kita perlukan?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: