RSS Feed

Memasak : mendidik hati

Posted on

Alhamdulillah.. akhirnya dapat juga meloloskan diri menulis dalam entri ini. Sejujurnya, ada beberapa draf tulisan yang hanya sempat ditulis sedikit, dan membuatkan hati ini gundah gulana apakah yang menyebabkan ini terjadi.

Sudah puas dengan alasan ‘kesuntukan masa’ begitu juga ciptaan alasan lain. Hakikatnya, alasan ini terbit dari sebanyak mana tarbiyyah kita selama ini. Ada sahabat lama memberitahu, ‘sebanyak mana kita ditarbiyyah secara formal, secara tidak langsung mengajar kita pelbagai cara mencari alasan…’ nauzubillahiminzaaalik!

Kali pertama memasak untuk kapasiti yang ramai adalah satu pengalaman yang cukup dikenang. Cukuplah sedikit kemahiran dalam ‘media’ sebeberapa lama tahun yang lampau. Begitu juga tugasan yang lain (teknikal, tugas khas dan lain-lain). Tugasan memasak bagi saya cukup mengujakan buat pertama kali.

Kesedihan dihati tidak dapat dibendung lagi kerana terlepas dari agenda umum. Sedang sahabat khusyuk menajam minda, mengumpul fakta dan input utama, saya diisi dengan bau dan rasa makanan yang cukup mengujakan.

Saya di didik untuk tiga ‘C’ (dengan izin : character,competency and commitment) oleh sahabat lama diakhir pertemuan khas.Memasak mendidik hati bersabar dan bertawakal. Moga ‘air tangan’ ditabur doa dari semua sahabat akan kejayaan saya dunia dan akhirat. Saya mahu dididik hati!

Bacaan Lapang : Hulu Selangor meriah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: