RSS Feed

Kembara Spain (Bahagian 2) : Toledo

Posted on

Kereta meluncur laju melepasi Madrid menuju Toledo. Ikut perancangan, akan mengambil masa kurang 2 jam sahaja.

Kereta sewa kami!

Tom-tom mengarah ke bangunan ini : Cathedral of Toledo

Nama Toledo bukanlah tergolong dalam bumi Andalusia sebenarnya. Saya mulanya terkeliru akan Toledo adalah sebahagian dari Andalusia. Kerana itu, amat jarang saya temui mereka yang ke Andalusia bercerita tentang Toledo. Alhamdulillah, perbezaan yang nyata akan kembara ke bumi Spain ini adalah penceritaan di bumi Toledo!

Sepanjang kembara ke bumi Spain, Toledo merupakan satu kawasan yang cukup mencabar. Bandarnya terletak di tengah-tengah bukit. Jalannya teramatlah sempit dikelilingi oleh rumah-rumah batu dikiri dan kanan lorong. Ternyata, bumi Toledo amat mencabar kembara kali ini.

Dengan bantuan Tom-tom, perjalanan melalui kereta sewa Europcar akhirnya tiba ditempat yang dituju. Perjalanan dari Madrid ke Toledo kami memakan masa hampir 1 jam dan 30 minit. Ditambah berehat seketika dalam perjalanan, akhirnya diberi masa teranjak juga.

Tom-tom yang amat membantu perjalanan. Aplikasi teknologi.

Bila memikirkan perjalanan ke ‘Centre of Toledo Town’ itu, amat menakutkan. Jalannya yang amat sempit dan sehala ditambah berbukit cukup mencemaskan sehinggakan kereta mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

Tiba di Toledo hampir gelap. Berasak kami mencari Hotel Kris Dominico. Tidak menjadi masalah buat kami kerana pengalaman di Madrid telah mengajar untuk mencari ‘Tourist Information’. Berbekalkan nasihat mereka, kami berjaya ke tempat penginapan tanpa sesat.

Bagi memastikan perjalanan itu dimaksimumkan, perjalanan perlu diteruskan pada waktu malam. Keindahan Toledo pada waktu malam sungguh mengasyikkan. Kotanya yang jauh dari hiruk pikuk seperti Madrid sebelumnya sungguh menenangkan. Kerana itu, kami asyik berjumpa saja orang yang mahu berasmara-dana dicelah bangunan usang- milik UNESCO ini (baca : Kota Toledo dianugerahkan sebagai UNESCO World Heritage Site)

Puerta de Alfonso VI

Kami menikmati bandar Toledo di waktu malam. Entah mengapa, perjalanan harus dikorbankan masa berehat. Memandangkan masa telah teranjak, waktu malam kami nikmati menjelajah Kota Toledo. Tiada apa yang tinggal untuk Islam sebenarnya. Mencari bangunan berlatarbelakangkan Islam jauh sekali.

Alcázar of Toledo pada waktu malam

Alcázar of Toledo dan Cathedral melalui Sungai Tagus

Bandar Toledo dari pemandangan Hotel tempat menginap kami (kabus menyelubungi kerana awal pagi)

Bandar Toledo dari sungai pemisa, Sungai Tagus

Seawal pagi, kami segera berkemas untuk memulakan pengembaraan. Cuaca cukup tidak sesuai. Hujan yang turun seawal pagi membantutkan kelancaran kami. Kebetulan, mujurlah kami mengembara menggunakan kereta sewa sendiri. Jika menggunakan kenderaan awam, tidak tahulah kami dengan keadaan jalan berbukit-bukau dan cuaca yang tidak mengizinkan.

Tempat menginap : Hotel Kris Dominico

Hotel Kris Dominico, tempat kami menginap

Jalannya cukup licin kerana hujan dan musim sejuk.

Rashid dan Alcázar of Toledo

Mosque of Cristo de la Luz, telah dibina pada tahun 999AD

Jalan yang sempit. Cuma 1.8meter!

fsdfdsf

di hadapan Mosque of Cristo de la Luz yang dalam proses pemuliharaan

Mosque Cristo de la Luz adalah peninggalan kaum Moorish yang tertua di Spain ini. Semasa lawatan, sebahagian bekas masjid ini dalam proses diubahsuai. Inilah saja sebahagian yang masih tersimpan kenangan kepada umat Islam di Toledo ini.

Dalam proses pemuliharaan

Bandar Toledo

Pintu yang besar, di depan Gereja

Kedai cenderamata

Buatan tangan!

Pengukir yang menunjukkan tukangan mereka secara live.

Antara hasil kerja.

'Live' demo..

Masa untuk makan!

solat berjemaah bergilir-gilir dibawah restoran. Terima kasih pada tuan restoran.

Bersyukur juga, ada sebuah kedai halal di Toledo ini. Dalam keadaan berlapar, terjumpanya kedai ini membuatkan hati girang…

solat berjemaah bergilir-gilir dibawah restoran. Terima kasih pada tuan restoran.

Puerta del Sol

Puerta del Sol. Jangan terkeliru dengan Puerta del Sol di Madrid, kerana di Toledo juga ada juga Puerta del Sol tersendiri.

Selamat tinggal Kota Toledo!

Selepas ini : Kota AlHambra!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: