RSS Feed

Penat itu buah

Posted on

Sukar untuk diceritakan betapa penatnya sejak Khamis lepas. Khamis dan Jumaat adalah hari peperiksaan setelah berhempas-pulas belajar sejak awal Oktober tahun lalu. Bukan  mudah untuk ditafsir dalam kertas jawapan segala maklumat yang telah dihadam di kelas. Usaha berganda-ganda belum tentu membuahkan hasil yang sewajarnya dalam bentuk markah.

Belajar ini dikejar dengan keputusan peperiksaan. 2 jam menjawab soalan, itulah keputusan yang akan menentu siapa kita. Mudah juga penilaian manusia. Tapi, untungnya kita sebagai orang Islam, setiap usaha yang selari dengan kehendak Islam dengan niat kerana Allah, dibalas pula pahala. Cuma, kita tidak melihat pahala dari kedua biji mata.

Alhamdulillah, semoga jawapan dalam buku jawapan Khamis dan Jumaat lepas adalah yang terbaik buat saya.Tawakkal padaMU ya Allah..

Hujung minggu ini cukup terisi.Suri akhirnya hilang suara. Saya berdepan 3 agenda utama, menemani Suri,berkongsi dengan adik-adik dan menyiapkan laporan sebelum berjumpa En. Andy pada pagi Isnin. Penat berjaga untuk demam peperiksaan belum tamat, tetapi inilah madrasah membina kekuatan. Bertarung sehingga termampu, dengan kata lain berusahalah semampu yang mungkin.

Setelah tidak diberi peluang beberapa lama untuk berkongsi dengan adik-adik, kesempatan siang tadi cukup memberi makna. Saya berkongsi untuk adik-adik untuk membuka minda. Tidak beremosi, sebaliknya menggunakan akal ciptaan Allah S.W.T. Memberi kebebasan kepada adik-adik mengkaji dan kritis, bukan menerima tanpa memeriksa.Tidak mengokong dengan satu idea, tetapi menjelas  berasas fakta.

Penat bercerita, bergegas ke Prayer Room sambil berkata dalam diri akan keperluan jasmani-perut untuk diisi. Selesai solat Isya bersama teman, rezeki tiba tanpa disangka. Ada brother menghulur makanan. Saya kaget seketika. Apakah ini buahnya?

nota : mencari redha Allah, bukan redha manusia!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: