RSS Feed

Masa atau Janji?

Posted on

Hari ini ada program. Cuma mengambil masa beberapa jam… Saya menyatakan hasrat pada Suri.

Suri menasihati saya untuk fokus pada peperiksaan pada 26 Januari ini, lebih kurang 10 hari dari sekarang. Saya faham akan kerisauan dan khuatirnya dia pada saya. Terima kasih Suri!

Tapi, saya tidak tahu alasan apa untuk dijawab diakhirat nanti. Khuatir saya pada 10 hari akan datang, adakah lebih utama dari seciput ilmu jika diperoleh? Saya mahu redha Allah S.W.T. Saya berdoa, kekurangan masa esok hari akan ditambah keberkatan yang kita tidak sedari. Percayalah janji Allah!

Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa.
[ Surah Al-Haj ayat 40 ]

3 responses »

  1. Isteri anda berniat baik, ada benarnya cakap dia. apa kata anda tidak datang program?
    apa tujuan anda study? apa tujuan anda ke program? apa kesan jika anda memilih untuk tidak buat salah satu? berapa severekah mudharatnya? atau anda mahu juga membuat kedua2nya. maka di sini, perlulah anda compromise beberapa keseronokan lain seperti bermanja2 dan mengguna masa yang berlebih2 dengan isteri anda. bagaimana?

  2. apakah menuntut ilmu itu tidak akan mendapat redha Allah? ia terpulang kepada bagaimana anda memandang setiap tindakan yg anda lakukan. jika alasan anda untuk memilih menghadiri program, dengan siapakah anda mengikat janji? pokok pangkalnya, anda bertanggnungjawab terhadap apa yg anda pandang sebagai yg terbaik utk anda dan agama anda. jgn sekularkan ‘study’ dengan menganggap ia adalah perbuatan di luar tanggungjawab jemaah. anda menyertai jemaah Islam! bukan persatuan menghadiri program. study juga adalah tanggungjawab anda terhadap jemaah, demi memperkukuhkan ummat. lainlah halnya jika anda merasakan bahawa study anda itu tidak akan memberi manfaat kepada agama, jika anda merasakan bahawa study anda tidak memberi manfaat kepada agama, barulah anda layak untuk meninggalkan study. pisahkan ilmu yg ‘seciput’ daripada pertautan ketuhanan, hanya kerana anda mengganggap study bukan kerja jemaah.
    saya tidak mahu mengajar anda untuk mesti memilih satu antara dua. saya tidak mahu mengajar anda untuk tinggalkan kerja jemaah kerana memilih study 24 jam. saya mahu anda melihat sesuatu perkara dengan pandangan seorang yg ‘mampu mengutamakan sesuatu’, mampu menjustifikasi perbuatan dengan alasan yang kukuh, bukan kerana keterikatan dengan ‘janji’ yg dibuat2.

  3. jemaah islam adalah gerakan yang syumul, ia adalah gerakan yg well-rounder. jemaah islam tidak hanya hidup dengan program/usrah/mukhayyam/daurah. ia hidup dengan keterlibatan ahlinya yang pelbagai latar belakang, bersatu membentuk satu ketumbukan kekuatan. ia adalah gerakan da’wah dan sebagainya. gerakan da’wah bukan hny hidup dengan usrah!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: