RSS Feed

Batuk dan ujian

Posted on

Bila malam menjelang dan tiba keheningan subuh pagi adalah cubaan terbesar buat saya selama lebih 40 hari ini. Apa tidaknya, batuk yang tidak lagi berhenti. Alhamdulillah, lama-kelamaan ianya menunjukkan tanda positif walapun begitu lama.

Masih teringat lagi akan nasib menimpa rakan sekelas yang batuk kira-kira 2 bulan lepas. Ketika itu saya berkata pada teman sebelah, “Alhamdulillah,saya masih lagi tidak batuk seteruk N sejak tiba di sini lagi…”

Akhirnya dengan izin Allah S.W.T. tibalah ujian untuk saya itu. Seksa juga terutama berhadapan dengan manusia lain dan waktu pembelajaran. Mahu atau tidak, terpaksa menerima ujian ini dengan tabah.

Saya merenung juga, adakah kata-kata saya sebelum ini adalah berbunyi angkuh. Astaghfirullah.. saya berdoa tidak tergolong dalam golongan mereka yang angkuh, bongkak dan sombong. Ya Allah, jauhilah kita dari sifat Mazmummah seperti itu.

Bila bercerita tentang angkuh dan sombong, ianya tidak berkecuali antara sesiapa yang bergelar manusia,alim atau biasa,muda atau tua,pemimpin atau pengikut. Semua akan berhadapan dengan sifat yang dibenci oleh Allah S.W.T. Lantaran itu, bukan mudah mendidik hati yang selalu berbolak-balik, sering menegatifkan individu lain-menghambur cercaan,fitnah dan membuat penilaian yang tidak beretika.

“Ko jauhlah dengan M tu, dia tu tidak dari golongan kita…”, cerita B untuk menghalang adik K berjumpa saya. Berita dikutip dari sumber yang sahih-wallahu’alam..

Saya tersenyum. Tidak mengapalah. Saya tidak gentar jika berlapik hujah dan ilmu. Tetapi saya khuatir jika kebebalan menyelaputi diri saya. Tutuplah cahaya, tetapi gelombang tetap ada. Tutuplah paip dengan tangan anda, nescaya akan bocor juga. Bersikap terbukalah, tapi jangan buka kemaluan pula!

Bacaan tambahan : Senior : usahlah jadi senior

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: