RSS Feed

Kembara Spain (Bahagian 1) : Madrid

Posted on

Satu persoalan yang perlu dijawab mengapa memilih Sepanyol (Spain) dalam agenda kembara ini adalah kerana Islamnya. Itulah alasan utama mengapa memilih tempat sebegitu. Masihkah semua teringat akan Andalusia? Pernahkah terdengar nama Toledo, Al-Hambra-Granada, Cordoba, Sevilla dan kisah-kisah keagungan Islam disana? Pernahkah terfikir, disana telah mencapai satu ketinggian ketamadunan? Itulah alasan dan jawapan yang saya fikirkan.

Kami semuanya berlima (5). Dan kami terkesima dan berhajat melalui kisah keagungan disana. Moga mendapat pengalaman dan pengajaran berguna.

Pengembaraan ini adalah atas insentif kami. Hampir dua bulan lamanya mengkaji dan mencari. Membuat kerja awal pengembaraan dan dalam masa yang sama terlibat dengan urusan utama kami iaitu alam belajar.

Melihat gambar-gambar yang telah tersedia, kagum akan keindahan ketamadunan. Hakikatnya, melihat sendiri tempat itu adalah lebih afdhal dan bermakna!

18 Disember 2009 :

Berada di stesyen Guildford. Kiri : Zul,Imran,Khalid dan Rashid (saya tiada dalam gambar)

Jam 5.30petang – kami semua berkumpul di Stesyen Guildford. Menggunakan ‘Travel Card’ dan ‘Group of 4‘ kami berlepas ke Gatwick Airport untuk penerbangan ke Madrid (Madrid Barajas International Airport). Penerbangan bermula pada jam 9.30 malam dan alhamdulillah kami telah selamat tiba di Madrid Barajas International Airport tepat jam 1 pagi. Kami mengambil keputusan untuk bermalam di Airport sementara tiba hari siang.

19 Disember 2009 :

Madrid Airport

berehat seketika

Solat subuh di Madrid Barajas International Airport cukup memuaskan hati. Sudah tersedia sebuah surau khas untuk pengguna. Tidak seperti di Gatwick Airport dimana Chapel Room sahaja tersedia, di Madrid Barajas International Airport telah dikhaskan tempat untuk muslim bersolat.

berada di Metro Subway (Aeropuerto)

train yang amat tepat masanya dan lebih moden berbanding di UK

Hari pertama kembara bermula di Madrid. Satu ibukota yang amat sesak dan moden. Disini juga terdapat Tube seperti di London, namun ianya lebih moden dan tersusun. Tidak seperti London yang kelihatan tua dan uzur (1908), sistem pengangkutan bawah tanah di Madrid kelihatan mantap dan efisyen.

logo yang menjadi tanda kepada subway di kota Madrid : Metro

Tempat tuju kami adalah Puerta del Sol. Satu tempat dimana lokasi terdekat untuk ke Plaza Mayor. Kali pertama melihat bumi Madrid secara dekat!

Puerta de Sol

Puerta de Sol

Sambil berpandukan peta dan tomtom secara backup, kami berjalan menuju ke Plaza Mayor. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 10 minit (tanpa sesat).

Plaza Mayor

Lambang kemegahan Plaza Mayor

Plaza Mayor adalah satu kawasan yang dikatakan perlu dikunjungi. Pada saya tiada apa yang menarik melainkan ada banyak gerai yang menyediakan cenderamata buat pengunjung di Madrid. Disana ada pejabat ‘Tourist Information’ pada saya yang amat membantu perjalanan di Madrid. Antara yang kami belajar ketika tiba di Madrid adalah perlu banyak bertanya kerana kami  berbicara seperti ‘ayam’ dan ‘itik’. Maka, perlu banyak bertanya dan memberanikan diri.

Warga Madrid secara keseluruhan amatlah peramah. InsyaAllah, setiap persoalan akan mereka bantu. Cuma memerlukan keberanian kita untuk bertanya. Kepada yang mahu berkunjung, silalah pergunakan pejabat Tourist Information. Bermula perjalannan inilah, saya belajar sesuatu untuk mendapatkan maklumat dari sumber yang berautoriti.

Disitu, ambillah peta, maklumat dan apa saja yang boleh membantu perjalanan anda secara PERCUMA!

Pejabat Tourist Information

Reina Sofia Museum atau Queen Sofia Art Centre (Museo Nacional Centro de Arte Reina Sofia) adalah satu tempat yang dicadangkan oleh pihak ‘Tourist Information’. Kebetulan, kami berada di bandar Madrid pada hujung minggu (sabtu) dan mereka memberi peluang kepada pengunjung untuk masuk percuma! Alhamdulillah, berkat bertanya dan memberanikan diri. Jika tidak silap saya, hampir 6 kali saya berjumpa pihak ‘Tourist Information’ untuk mendapat beberapa kepastian. Untuk tiba ke sini, perlu berhenti di Atocha.

Stesyen Atocha

Atocha Train Station amat berdekatan dengan Reina Sofia Museum.

Khalid dan saya dihadapan Reina Sofia, Madrid

Train station berhadapan dengan Reina Sofia Museum

Antara yang menarik yang saya pelajari di Reina Sofia Museum adalah tentang seni yang cukup mendalam. Hampir gila melihat seni, sedangkan kami adalah warga kejuruteraan. Namun demikian, ketinggian seni ini kadangkala tidak tercapai oleh akal manusia yang biasa. Seni yang dipamer cukup halus dan teliti.

Apa yang anda faham?


Gran Via : Gran Via merupakan kawasan kami menginap. Tempat tempahan kami asalnya di luar Madrid. Namun, setelah kata sepakat dicapai,  kami telah membatalkan dengan sedikit kerugian. Hasilnya, kami memilih Hostal(Bilik tumpangan sebenarnya) yang pada saya amat mudah untuk diakses.

Gran Via station

Bilik penginapan berdekatan dengan stesyen Gran Via

Royal Palace (Palacio Real)

Palace

Imran di hadapan Royal Palacio

Nemrut Kebab Pizza : Kedai kebab berdekatan dengan Royal Palacio seterusnya menjadi tempat makan tengahari kami!

Tugu hadapan Royal Palacio : tempat dimana mengiktiraf pahlawan mereka.

Royal Palacio

Kubah ini ada kaitan dengan Islamkah? Nota: dijumpai berdekatan dengan Royal Palace


Prado Museum

Disebabkan oleh Prado Museum boleh dikunjungi dengan percuma pada jam 5.30petang, akhirnya ketibaan kami ke Prado Museum pada keadaan gelap lantaran malam awal (musim sejuk). Kamera boleh dibawa masuk, tetapi tidak dibenar untuk diambil gambar. Disini letaknya banyak koleksi gambar (paint/brush etc..) dan berkaitan dengan patung-patung yang mereka anggap cukup berharga.

Kerana itu, tidak boleh diambil gambar sesekalipun.

malam di Madrid

Depan Prado Museum


malam di depan bangunan Metropolis

19 Disember 2009 :

Perjalanan hari ini akan berkisar ke Santiago Bernabau (Pasukan Real Madrid yang tersohor akan kekayaannya) dan keberangkatan kami ke bumi Toledo.

keheningan pagi di Gran Via

Malam tadi, hiruk-pikuk sekitar Gran Via menutupi telinga kami. Semua patut sedia maklum, kehidupan warga Madrid amat aktif pada waktu malam.Tidak seperti di kota London mahupun UK amnya, kota Madrid cukup sibuk pada malam hari sehinggalah tiba subuh.Hasilnya, awal pagi adalah masa yang amat sesuai berjalan lantaran kesunyiannya.

Santiago Bernabeu stadium @ Real Madrid

Rugilah jika ke Madrid dan tidak berkunjung ke perkampungan Real Madrid, satu kelab bola sepak (sebenarnya bukan bola sepak sahaja, mereka ada pasukan bola keranjang juga..) yang tersohor dan dikatakan paling terkaya di dunia! Kami perlu selesaikan perjalanan ‘tour’ di situ selama 1 jam sahaja bagi berkejaran ke Toledo. Maka, perjalanan itu menjadi ekspress..


Santiago Bernabau


Real Madrid

Semua perjalanan tadi direkod dalam bentuk video dan gambar. Malangnya, kamera saya kehabisan bateri ketika mula masuk ke perkarangan stadium😦

Real Madrid@me : Trofi yang mereka peroleh..

Selepas 1 jam, kami perlu bergegas pulang untuk ‘check-out’. Bimbang juga Tuan Emmanual (tuan milik Hostal itu) mengenakan caj yang lebih. Tiba di Hostal dalam keadaan yang berkejaran. Kesian pada Zul yang kepenatan.

Kami mengambil keputusan untuk menyelesaikan makan tengahari di sekitar Gran Via. Hasil semakan saya pada awal pagi itu menemukan satu kedai kebab yang menjadi laluan ke Stesyen Gran Via dari Hostal.

Rupanya, kedai kebab yang kami cari terletak dekat dengan rumah kami. Hampir dalam 50meter berjalan kaki. Amat bersyukur kerana, kebab sahajalah yang boleh dicari di bumi yang cukup asing buat Islam ini. Dulu Islam telah tiba di sini, kini sukar untuk dicari.

Kebab di Gran Via : Adham yang berasal dari Turkestan telah menyediakan kami bekalan kebab untuk ke Toledo dan makan tengahari.

Nota tambahan kembara ke Madrid:-

1. Pastikan membawa soket EU (berbeza dengan UK), untuk kerja cas bateri dan seangkatan. Bawalah juga ‘multiple socket’ untuk cas banyak peralatan elektronik/elektrik.

2. Hotel disini tidak sediakan pemanas air di dalam bilik. Jadi, sediakan pemanas air yang kecil (untuk travel)

3. Berhati-hati mengambil gambar yang memakai patung/topeng, mereka akan caj anda jika mengambil gambar mereka (terutama di Plaza Mayor).

4. Ketika berada dalam train yang sesak, sila berhati-hati dengan penyeluk saku. Pastikan poket belakang (lelaki) kosong dan pakai ‘pourch’ bagi memudahkan urusan.

5. Gunakan kemudahan ‘Tourist Information’ dan jika boleh, hubungilah ‘Tourist Information’ berkenaan hotel dan perjalanan sebelum tiba di Madrid lagi. Mereka ‘berbesar hati’ membantu!

Mulakan pengembaraan dengan memperbetulkan niat dan selamat mengembara ke Madrid!

bersambung.. Kembara Spain (Bahagian 2) : Toledo

2 responses »

  1. bagus2…
    crta yang baik…
    good eyes contact…
    no interuption…

  2. bagus ar cite abg…. bleh dijadikn reference utk sape2 nak gi spain….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: