RSS Feed

Penggunaan Nama Allah,Gula dan Enjin Jet yang menghilang

Posted on

Sepanjang minggu lepas, sekurang-kurangnya ada 2 isu yang menjadi tajuk utama dibincangkan dalam media dan blog-blog semasa ini.

Pertama isu kenaikan harga gula. Kedua isu ialah kehilangan enjin jet pejuang 5-E negara ini . Belum pun kedua-dua isu itu reda, negara dihebohkan pula oleh kebenaran menggunakan kalimah Allah dalam majalah Herald-The Catholic Weekly oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Isu Penggunaan nama Allah

Apabila pemimpin politik sudah ramai yang bercakap, apabila ramai yang mula buat bising sambil bertakbir dan menjerit, maka keputusan membenarkan penggunaan kalimah Allah itu tiba-tiba menjadi isu yang sangat besar. Media berjaya menghimpun ‘crowd’ yang begitu besar.

Ia isu sangat besar hingga mereka yang tidak kelihatan seperti seorang Islam yang taat kepada agama pun menunjukkan mereka sangat sayangkan agama, sekurang-kurangnya mereka sayang nama Allah. Sayang hukum Allah hal lain pula!

Ajaib juga. Dunia memang sudah hampir kiamat. Bila timbul isu nama Allah, orang yang tidak pernah ingin mengenal Allah, ingin muncul untuk membela Allah. Dari sudut yang berlainan, bersyukur juga. Kerana orang yang tidak pernah ingin tahu tentang kebesaran Allah, tiba-tiba bertakbir untuk mempertahan agama Allah. Merekalah yang telah menyemai di dalam sanubari anak anak kita, ‘Allah hanya sekadar nama’,  yang penting adalah kemajuan duniawi.

Keputusan mahkamah tentang nama ALLAH sebenarnya adalah hasil sesuatu perjalanan. Ianya umpama buah yang sudah hampir masak. Padahal pokok pokok kemungkaran telah disemai sekian lama. Mereka siram dengan aqidah yang salah. Mereka bajai dengan baja kemungkaran. Maka tumbuhlah dahan dahan maksiat. Kembanglah bunga bunga sesat. Malangnya bila berbuah kehinaan, mereka pula melatah.

Firman Allah : Al Baqarah ; ayat 14, 15 dan 16 MafhumNya:

Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: ” Kami telah beriman “, dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula:” Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman)”.

Allah (membalas) memperolok-olok, dan membiarkan mereka meraba-raba dalam kesesatan mereka (yang melampaui batas itu).

Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayah.

Gula dan Enjin Jet?

Kurangkan manis gula!

Lalu tenggelamlah isu-isu lain. Lalu terlupalah rakyat Malaysia ke mana menghilangnya gula. Ketika kita sedang minum pagi dengan teh tarik kurang manis, kita terlupa seketika tentang kekurangan gula di dalam cawan kerana hati sedang dibakar oleh amarah kepada Hakim Mahkamah Tinggi dan Herald-The Catholic Weekly.

adakah ini enjin jet yang hilang?

Begitu juga dengan enjin jet pejuang F 5-E kita, siapa yang bertanggung jawab menghilangkannya, siapa dalang amat berkuasa dan durjana yang menggunakan ilmu David Copperfield menghilangkan enjin jet itu, apa modus operandi yang diguna pakai dan sebagainya.Enjin yang sebesar itu hilang dengan mudahnya. Lebih-lebih lagi melibatkan pertahanan negara.Ajaib!

Kini apabila negara dipesongkan dan tertumpu kepada isu kalimah Allah, Perdana Menteri, Menteri Pertahanan dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan boleh tidur lena kerana isu enjin jet hilang dan gula naik harga tidak dibincangkan lagi oleh masyarakat.

Dan selepas isu penggunaan kalimah Allah ini selesai, kita pun sudah lupa kepada isu enjin jet F 5-E yang hilang dan gula dalam minuman yang kurang manis itu. Satu kisah perjalanan spin-isu politik yang menarik awal tahun baru…

Tahniah Media Spin-doctor!

Bacaan Tambahan :

Jawapan berkenaan isu ini [saya amat bersetuju dengan jawapan dan alasan dari kenyataan ini]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: