RSS Feed

Kisah Sedih

Posted on

Saya sudah terlupa berkongsi cerita ini. Ketika selesai saja solat Asar, ingatan terimbau akan kenangan di sekolah rendah. Jarak masanya lebih kurang 17 tahun yang lampau. Mulanya, teringatkan akan bagaimana saya belajar solat. Akhirnya, teringat akan kisah ustazah yang menjadi guru yang mengajar agama saya.

Sekurangnya, saya ada 2 kisah berkenaan dengan Ustazah ini. Salah satunya berkisar akan kisah yang mahu dikongsi.

Ayahnya merupakan Guru Penolong Kanan di sekolah. Sudah lebih sebulan menjalani pembedahan akibat penyakit kencing manis. Seperti biasa, ubat yang paling popular kepada penyakit kencing manis adalah dilakukan pembedahan sehingga proses potong anggota.

Ustazah sebagai anak, melaksanakan tanggungjawabnya sudah sekian lama sejak ayahnya jatuh sakit. Namun, tanggungjawab mengajar di Kelas Agama Petang untuk saya dan rakan-rakan diutamakan juga.

Petang itu, kami belajar seperti biasa. Biasanya, kelas bermula jam 3 petang. Ustazah mengajar di kelas lain terlebih dahulu sebelum masuk ke kelas kami pada jam 4 petang nanti. Ustaz Ghazali sedang membuat semakan bacaan AlQuran kepada kami sebelum itu.

Jam 4 petang, ustazah masuk seperti biasa. Kami baru sahaja membuka buku teks yang diwajibkan untuk kami beli. Dari jauh, kelihatan Abang Mat,kerani pejabat sekolah berjalan laju ke kelas kami. Di ketuk pintu kelas kami. Ustazah yang sedang khusyuk mengajar tidak sedar, kemudian dikejutkan oleh kami akan kedatangan Abang Mat.

“Ustazah! Ayah ustazah sudah tiada!”, kami semua terkejut.

Lantas, ustazah mengemas barang dan terus berlalu pergi pulang…

Saya belajar sesuatu akan kisah itu. Dan saya masih simpan akan kisah ini. Katakanlah, Ustazah saya itu ada penyakit jantung, apa akan jadi jika dia rebah di situ juga?

Gambar Hiasan

Bila berhadapan dengan manusia perlu ada rasa (sense). Dan salah satu rasa yang dirasakan perlu ada adalah ‘human sense’. Jika diberi orang lain diberi tugas untuk memasak, maka tugas kita yang tidak memasak mencari apa yang boleh dibantu. Sekurangnya membasuh pinggan. Jika ada orang bercerita tentang kesempitan wang, bagaimana kita boleh membantu meringankan beban?

Susah juga jika manusia hilang ‘sense’ ini. Sudah tahu merokok ditempat awam, kemudian terdengar ada orang batuk-batuk. Masihkah lagi mahu merokok dikawasan itu?

Sekurangnya,  Allah S.W.T meletakkan dalam diri manusia satu perasaaan. Perasaan apa? Perasan!

Catatan untuk Suri : akhirnya berjaya menulis ^_^

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: