RSS Feed

Sesak

Posted on

Melihat ‘planner keluarga’ pada 3 bulan mendatang, amatlah memeritkan. Beberapa ‘event’ utama perlu diutamakan, maka ada saja hal yang bertembung terpaksa dilupakan. ‘Suri’ dengan urusannya, dan saya dengan beberapa hal penting.Semuanya memerlukan persefahaman dan perancangan. Menyelesaikan ‘sample’ untuk projek tahun 3, menghantar2  repot tugasan (assignment – 20%) dan paling getir peperiksaan akhir pada 10 hari terakhir Januari 2010 antara beberapa urusan saya.

Universiti pada tahun ini melakukan perubahan drastik. Peperiksaan akhir berlangsung selepas ‘winter break’. Gamaknya, cemburu akan cuti ‘winter’ sebelum ini yang tidak perlu fikir akan pelajaran. Ironinya, tahun ini berhadapan cuti yang sesak. Selesai sahaja peperiksaan akhir, minggu pertama semester ke dua diwajibkan menghantar laporan mid-term projek yang berjumlah 12% nilainya.  Lumrah pelajar!

Pulang dari kelas tengahari tadi, terpandang ‘leaflet’ MP Guildford bernama Anne Milton. Sudah setahun berada di sini, akhirnya barulah terjumpa akan MP Guidford ini. Satu kelebihan tinggal di luar kampus, kerana terdedah dengan politik sekitar. Anne sibuk dengan kerjanya untuk mempastikan janjinya dilaksana seperti yang diucap dalam manifesto pilihanraya.

MP Guildford ini tengah sesak untuk mengisi hari-harinya. Katanya dalam leaflet, ‘my life is never dull!’, mencebiskan kehidupannya yang amat super-sibuk dengan melayan tuntutan pengundinya dan warga Guildford ini. Dengan jawatan sebagai Shadow Minister of Health, tugasannya bukan sembarangan juga. Selamat berjaya Anne!

Kisah menarik

Menarik kisah ini. Saya mahu kongsi pada ‘Suri’ dan pembaca. Saya kutip dari laman ini :

Cinta dan Kasih-Sayang

Seorang staf menyambut hari kelahiran semalam. Beliau SMS saya: “Prof doakan saya. Hari ini hari jadi saya”. Saya tahu beliau kecewa kerana namanya tidak termasuk dalam senarai ucapan hari jadi yang saya hantar pada sebelah pagi. Emmm… kenapa tercicir?

Saya memberi ucapan melalui SMS: “Saya belanja makan. Datang ke masjid berbuka bersama saya. Tidak puasa pun tidak mengapa. Hari ini kami masak special”. Beliau menjawab: “Terima kasih prof, hari ini saya berpuasa….”.

Saya simpati kerana beliau dan isteri tinggal berjauhan.

Beliau muncul ketika kami bersiap untuk berbuka. Emmm… beliau tiba bersama isteri. “Prof…. saya berbuka jam 2.30 tadi. Isteri saya datang mengejut”.

Saya tersenyum dan berkata; “You tak ambil time-off?”

Begitulah kasih sayang seorang isteri kepada suami. Sanggup memandu daripada Putra Jaya ke Segamat semata-mata untuk berjumpa suami dan mengucapkan Selamat Hari Lahir. Ia lebih bermakna dengan keadaannya yang sedang sarat mengandung.

Sanggupkah saya melakukan perkara yang sama?

Bacaan Lapang :

Di Dalam Dunia Yang Serba TIDAK PATUT Ini

Membangun Keperibadian Islami

Apa erti saya merantau ke luar negara?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: