RSS Feed

Ibrah Hunain

Posted on

Mungkin pembaca tidak pernah mendengar Hunain. Mungkin juga tidak faham apa itu Ibrah. InsyaAllah, akan dikongsi bersama. Hunain adalah satu perang yang di sertai oleh Rasulullah S.A.W dan ibrah bermaksud pengajaran.

Perang Hunain adalah sebuah kisah peperangan yang perlu dihayati oleh ahli gerakan Islam yang berjuang kerana ia memberi iktibar yang besar kepada semua.

Perang Hunain berlaku antara Umat Islam dari Kota Madinah dan Kota Makkah (yang baru masuk Islam selepas Fathul Makkah) .Setelah pembebasan kota Mekah, sebuah berita sampai kepada Nabi saw. bahawa kabilah Hawazin dan Tsaqif telah berkumpul di lembah Hunain untuk memerangi kaum Muslimin. Nabi lalu memerintahkan pasukannya untuk bersiap-siap menghadapi mereka pada bulan Syawal tahun 8 H. Peperangan kali ini agak berbeza dengan peperangan sebelum ini, dimana tentera Islam berjumlah agak besar iaitu 12,000 orang iaitu 10,000 dari umat Islam Madinah dan 2,000 umat Islam Makkah.

Namun, antara punca kekalahan umat Islam ketika itu adalah disebabkan jumlah mereka yang banyak. Berbeza dengan peperangan Badar dimana jumlah yang kecil bisa mengalahkan orang kafir Quraisy dari Makkah.

Sesungguhnya Allah telah menolong kamu (hai para mukmin) di medan peperangan yang banyak, dan (ingatlah) peperangan Hunain, iaitu di waktu kamu menjadi bongkak kerana banyaknya jumlahmu, maka jumlah yang banyak itu tidak memberi manfaat kepadamu sedikitpun, dan bumi yang luas ini telah terasa sempit olehmu, kemudian kamu lari ke belakang dengan bercerai-berai.” (Al Qasas : 85)

Situasi Musuh

Musuh Kafir pula, kafir Hawazin pada ketika itu telah mengerahkan seluruh kaum keluarga dan harta benda mereka diturun pada hari peperangan tersebut. Arahan ini telah dikeluarkan oleh seorang anak muda yang bernama Malik bin ‘Aufan Nasri yang bertujuan untuk memberi semangat kepada kaum keluarga merekea menempuh umat Islam ketika itu.

Sebaliknya, seorang tua dari kalangan kaum kafir Hawazin tidak menyetujui keputusan tersebut dan dianggap gopoh dari segi strategi. Beliau adalah Duaraid Sammah yang merupakan seorang pahlawan tua yang berpengalaman ketika itu.

Sikap gopoh-gapah ini dikenali sebagai istijal. Orang muda ini, kalau dibentuk dan diarahkan pada jalan yang betul bisa mencapai kemenangan. Tetapi, kalau orang muda tidak dibentuk dan dididik dengan baik ia bisa membawa kerosakkan. Orang muda selalunya bersifat agresif dalam bertindak, mereka mempunyai semangat yang tinggi berbanding orang-orang lama. Namun begitu, pandangan si tua perlu di dengari dan di kaji kerana disitu banyak iktibar yang boleh di kongsi.

Kita boleh perhati sendiri peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam gerakan Islam sendiri. Mereka yang tidak sabar dalam perjuangan, yang bersemangat untuk membuat perubahan adalah orang muda. Gerakan Islam pernah tersungkur pada suatu ketika dahulu adalah disebabkan sikap individu yang terlalu gopoh untuk mencapai kemenangan.

Pada permulaan kisah perang Hunain ini, umat Islam hampir mengalami kekalahan apabila serangan mengejut oleh orang kafir yang bertubi-tubi dengan dihujani oleh anak panah.

Dalam kekalutan tersebut, umat Islam bertempiaran melarikan diri yang merupakan punca kucar-kacir ketika itu. Antara sebab utama berlakunya keadaan tersebut adalah kelemahan iman sahabat-sahabat Makkah yang masih baru memeluk Islam setelah Fathul Makkah.

Apa yang menarik dalam keadaan ini, Rasulullah telah melaungkan

Hai pembela Allah dan Nabi-Nya! Aku hamba Allah dan Nabi-Nya.” sambil menunggang kaldi putihnya.

Namun begitu, luangkan Rasulullah tidak dapat didengari disebabkan kekalutan yang teramat sangat. Maka Rasulullah meminta bapa saudaranya Saidina Abbas yang kuat suaranya supaya memanggil umat Islam,

Hai Ansar yang menolong Nabi-Nya! Hai kaum yang membai’at Nabi di bawah pohon syurga! Kemana kamu akan pergi? Nabi berada di sini!” Saidina Abbas melaungkannya dengan berulang-ulang.

Seraun ini telah menyebabkan para sahabat yang bertempiaran itu itu kembali kepada Nabi dengan rasa penyesalan dan mengatur lagi barisannya. Dan dalam waktu sangat singkat, mereka berhasil memukul musuh mundur atau melarikan diri. Untuk memberi semangat kepada kaum Muslimin, Nabi mengatakan, “Saya Nabi Allah dan tak pernah berdusta, dan Allah telah menjanjikan kemenangan kepada saya.

Inilah hebatnya Islam. Panggilan Saidina Abbas yang menyedarkan para sahabat dengan lafaz-lafaz baiah (janji setia) mereka.  Kekuatan Parti Islam sebagai Gerakan Islam adalah lafaz baiah yang meletakkan perjanjian hidup dan perjuangan ini adalah kepada Allah.

Catatan :

1. Menang tidak bermaksud bilangan yang ramai

2. Gejala Isti’jal yang perlu sentiasa diingat.

3. Keimanan dan ketaqwaan asas kepada kemenangan

4. Janji setia untuk berjuang kerana Allah.

p/s : Hidup dan mati kita kerana Allah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: