RSS Feed

Isu semasa : Salah faham

Posted on

Suka saya berkongsi pandangan peribadi tentang isu semasa.

Kes Pertama:-

Saya masih tidak akan lupa, usaha media arus perdana memesongkan(spin) fikiran masyarakat ketika isu pemberian wang zakat di Terengganu. Fakta kes berlaku dimana anak seorang Exco (ketika itu Exco berkenaan dari Parti Islam) telah memohon dan menerima wang zakat untuk belajar di Mesir.

Heboh 1Malaysia, bagaimana cerita penyelewengan wang zakat berlaku. Hakikat yang perlu ditelan, ianya tidak salah dan tidak bertentangan dengan hukum agama berdasarkan asnaf yang diperoleh. Sudah habis susu di letakkan nila sehingga rosak sebelanga.

Kes Kedua :-

Seorang penulis dalam Malaysia Insider bercerita tentang keburukan Parti Islam ini. Sudah diketahui yang Parti Islam ini parti Dakwah dan Siasah. Penulis itu bertanya berkenaan dengan Hukum Hudud Parti Islam ini dahulu dan sekarang. Sepatutnya asas kepada jawapannya mudah. Apa yang Islam mahukan itulah daya usaha Parti Islam.  Usaha Parti Islam dalam menerang Hukum Hudud yang satu ketika dahulu amat tidak disenangi terutama Parti Malaysian-Malaysia ini, akhirnya makin lama diterima semua namun memerlukan masa lagi.

Tugas kita sebagai Daie adalah untuk menerangkan semua kekeliruan ini agar lebih jelas dan menyakinkan semua yang baru dan tidak faham akan Islam. Mengapa penulis Islam kita di dalam Malaysia Insider itu masih mempertikai hal sebegini, kerana isu sekarang bukan sahaja Parti Malaysian-Malaysia menolak hudud,namun pemimpin Parti Melayu juga begitu (boleh rujuk beberapa ucapan pemimpin mereka) menolak. Kita persoalkan balik apa tujuan penulis menulis sebegitu? Bukankah tugas penulis itu menerangkan perlunya hukuman itu dijalan kepada semua?

Apapun, fakta tetap fakta.Yang kita keliru, adalah fakta yang telah diauta. Saya suka dengan mereka yang buat auta, kerana kita akan lebih lagi berhati-hati dan berusaha mencari fakta sebenar.

Asas perjuangan Islam telah diredhai oleh Allah S.W.T.

Firman Allah Taala, maksudnya:

Sesungguhnya agama yang yang diredhai Allah ialah Islam …” (19, Ali Imran).

Sesiapa yang menurut jalan yang lain dari apa yang disyariatkan Allah sebagai agamanya, maka tidak sekali-kali akan diterima daripadanya ..” (85, Ali Imran).
Banyak lagi kerja penerangan dan kajian mendalam dalam isu-isu sebegini. Dunia akhir zaman penuh dengan fitnah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: