RSS Feed

Pengurusan

Posted on

Tulisan 25 Okt 2009 yang terlupa di ‘publish’:-

1. Saya rasa amat bersyukur sepanjang masa yang lepas, saya berpeluang menjadi peserta dalam banyak program bersifat pengurusan. Dari kursus,kem, seminar dan simposium, semuanya telah saya hadiri. Banyak input yang saya perolehi.

2. Saya amat kagum dengan Presiden Kelab A-Team ketika di Kolej Kampus Selatan yang lalu, dengan pengurusan yang sistematik dan berkesan ketika mengintai-intai ‘rumet’ yang melibatkan diri dengan kelab berkenaan. Walaupun aktiviti kelabnya terlibat dengan naik-turun gunung, dia berkemampuan mengurus kelab dengan berkesan. Mengapa tidak diguna oleh Persatuan Islamik?

3. Bila hidup berkumpulan (berjemaah), pengurusan yang efisyen amatlah dititikberatkan. Bukan dengan cara hentam-keromo. Kerana itulah, kita tidak maju!

4. Pengurusan yang sistematik bermula dengan diri kita hinggalah ke organisasi yang kita anggotai.Lemahnya kita kerana kita tidak berupaya mengurus diri.

5. Dulu saya mengurus diri sendiri, sekarang bertambah seorang iaitu ‘Suri’. Kami sama-sama mengurus dan melancarkan segala perancangan keluarga. Bermula jadual harian, perbelanjaan dan masa depan. Masih banyak lagi yang kami cuba lancarkan. Gembira kerana Suri suka dengan ‘sistematik’ ini.

6. Petang tadi, Malaysian Society berbincang untuk masa depan. Undi angkat tangan berlangsung. Harapnya, komiti yang baru membawa anjakan paradigma yang baru.Terkilan, ada yang tidak sudi bersatu untuk memilih jawatankuasa yang baru. Kata mereka, ‘kami tidak mahu memegang teraju…

7. Kalu boleh saya tanya mereka, apakah mereka boleh hidup ‘satu-satu’, sudah pasti mereka tahu yang mereka perlu bersatu. Jika mereka adu kurang ini dan itu, sebab merekalah yang AJK tidak bermutu!

 

Doakan juga tidak ada ahli hantu dalam organisasi baru itu. Mahu nama, tapi berkerja dengan tipu🙂

 

p/s  : 2 hari lepas bertemu seorang adik ketika di kampus Selatan dulu. Kecil benar dunia!

One response »

  1. it was on my birthday !😀
    Hubby, there’s another thing we need to organise.
    its our holls and honeymoon!! ^^
    Feeling so excited now!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: