RSS Feed

Catatan Lewat Petang

Posted on

Suri bertanya, ‘bila mahu kemaskini blog ini?‘, saya terdiam sebentar.

Kerapkali melihat blog ini, teringat akan Suri dan rakan-rakan di bumi UK ini akan membaca blog yang tidak sebeberapa ini. Kekadang terasa segan, kekadang rasa perlu juga kalian membaca.

Jauh dalam hati, bimbang akan catatan ini memberi persepsi dan hujah yang tidak benar berdasarkan kelemahan tulisan saya yang tidak sebeberapa. Namun, saya tahu inilah yang saya suka dan pupuk. Harapnya, kutiplah emas yang berselerak di sini.

Menulis ini ada pasang surutnya. Kekadang laju, adakalanya senyap seketika. Laju kekadang mahu pos sebanyak lebih satu artikel sehari. Blog maniac namanya!

Paling utama, setiap penulis Islam perlu menekankan konsep tauhid serta amar makruf dan nahi mungkar dalam setiap karya yang dihasilkan. Ini sangat penting untuk memperbetulkan minda muda-mudi yang telah dipesongkan pemikirannya akibat media kontemporari.

Berkongsi apa yang diketahui melalui tulisan ini adalah isu utama menulis. Cerita tentang pengalaman, berkongsi ilmu dan menghargai penulisan adalah rencahnya. Hidup untuk berkongsi dan memberi adalah katakunci hidup kita. Kerana kita sedar akan perkongsian ini diharap menjadi bekalan jika sudah tiada.

Tulislah apa sahaja asalkan benda itu bermanfaat. Sedikit demi sedikit kalian akan mula mencipta jalan hidup sebagai penulis. Insya Allah.

Saya suka menulis! Ameen.

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: