RSS Feed

Suri dan Nanoteknologi

Posted on

Saya tertidur kepenatan sambil masih lagi mendengar Kuliyyah online yang masih berlangsung. Masih terngiang-ngiang kisah Muawiyyah dan Saidina Ali K.W.J. berkenaan penerangan kuliyyah itu. Akhirnya, saya tersedar bila mendapat deringan telefon dari housemate yang bertanyakan urusan rumah.

Akhirnya, mata sudah tidak mampu lagi lelap. Kesempatan itu jugalah segera bergegas mencari Suri dikejauhan buat pengubat rindu. Alhamdulillah, teknologi memudahkan. Sedih juga mengenangkan ‘barang berharga‘ Suri hilang ketika menyambut Hari Lahirnya tempohari. Tapi apakan daya, semuanya tanpa dirancang. Akhirnya, sementara menunggu ‘simcard‘ Suri aktif, medium utama adalah YM sahaja.

Siang tadi amatlah penat. Setelah kelas 1 jam, bergegas ke Library untuk persediaan berjumpa Supervisor. Group meeting petang tadi berjalan lancar. Tamat pada jam 1petang dan segera ke prayer room menunaikan solat berjemaah. Waktu siang di UK sudah menjadi pendek, maka waktu asar sekarang sekitar jam 2.20petang.Jam 3 petang pula ada one-to-one meeting bersama Supervisor lagi. Kali ini lebih fokus berkenaan projek yang akan dibuat sepanjang 2 semester ini berlangsung.

Saya teringat akan jawapan saya mengapa saya memilih tempat belajar sekarang pada interview yang lepas. Jawap saya, untuk memilih bidang Satellite Communication atau Nanotechnology. Sekarang bila memilih projek, saya akhirnya memilih Nanotechnology sebagai pilihan. Akhirnya keletihan hari ini sebagai manifestasi usaha itu!

Melihat peralatan yang amat jarang ditemui petang tadi, adalah pengalaman yang cukup berharga. Apatah lagi melihat perkembangan nanoteknology yang makin berkembang sekarang. Negara kita juga mengambil pendekatan yang sama berkenaan Nanoteknologi ini [Lihat SINI].

InsyaAllah, semoga dipanjangkan umur hari esok untuk berjumpa Suri!

Suri..

Maaf di atas keluh dan resah
Aku tewas di medan jiwa ku
Kerna aku baru belajar
Belajar menjadi seorang bermujahadah..

Tenang diriku dalam doamu
Tenang dirimu dalam cintaku..

Lihat :

Kisah anak Ustaz Ramadhan Fitri

Don’t Do after eating!

One response »

  1. saya sayang kamu…^^

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: