RSS Feed

Tarbiyyah

Posted on

Dawud Default

Saya sungguh lapang dengan slogan ‘Tarbiyyah bukan segalanya, dan segalanya bermula dengan tarbiyyah’. Entah siapa yang mencipta ungkapan sebegitu rupa. Maka, berduyunlah yang ‘rasa’ selesa dengan ayat itu meletakkan ayat itu didalam tempat yang mereka suka (blog,status,nota dll).

Tarbiyyah adalah perkataan arab. Bahasa Melayu bermaksud kaedah atau cara terbaik yang digunakan untuk bergaul dengan tabiat semula jadi manusia samaada secara langsung atau tidak.

Proses nya ke arah melahirkan binaan seperti berikut:

  1. Individu Muslim dan segala yang berkaitan ke arah pembinaan swadaya diri (syakhsiah).
  2. Keluarga Muslim (Bait Muslim) serta segala nilai dan akhlaq yang wajid dibina ke arah merealisasikannya.
  3. Masyarakat Muslim (Mujtama’ Muslim) serta segala yang meliputi jalin hubungan yang membentuknya.
  4. Ummah Islamiyyah serta segala yang bersangkutan dengan persediaan dan gerak kerja ke arahnya.
  5. Daulah Islamiyyah serta setiap aspek yang wajib dihasilkan sebagai asas penegakkannya yang terdiri daripada manhaj dan sistem kehidupan.

Ada juga versi sehingga mencapai Ustaziatul-Alam mengikut tertib maratib-amalnya.Jauh benar tempat yang dituju. Hari ini umat Islam masih berusaha dan ada jalan usaha untuk mengembalikan sistem khalifah itu ditegakkan setelah dikuburkan sejak 1924 lagi.

Saya sinis melihat kegigihan adik-adik berkejaran berprogram tanpa melihat ‘world-view’ yang menyeluruh berkenaan ‘mahu ditarbiyyah’ dan apakah kita melihat proses tarbiyyah dari ruang lingkup perspektif yang kecil sahaja. Ada juga semata-mata mahu mentarbiyyah dengan melukakan sahabat mereka yang mahukan Islam juga?

Begitu juga sedih melihat situasi begini…

Siri-siri menculik, sabotaj dan mengongkong adik-adik berlangsung sehingga hilangnya sifat ukhuwwah Islamiyyah yang telah menjadi asas persaudaraan Islam. Berikan ruang seluasnya adik-adik berfikir dengan waras, bukan ‘memprogramkan’ mereka dengan acuan program robot yang hanya mengikut arahan. Bukankah kita dipilih dalam berjuta-juta untuk belajar berfikir?

Akhirnya, tarbiyyah kita untuk apa?

 

Bacaan Tambahan:

Dakwah: Indah Ukhuwwah Dalam Tarbiah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: