RSS Feed

Puasa@Ramadhan

Posted on

Alhamdulillah, tahun ini berpuasa penuh (insyaAllah..) dikampung halaman. Tahun lepas, cuma satu hari dikampung, dua hari di KL dan selebihnya di perantauan. Paling dikenang, berhari raya dengan mengadap ‘circuits‘ yang memeningkan ketika teman-teman lain meraikan 1 Syawal.Kebetulan, ‘Lab’ itu mengambil masa sehingga jam 5 petang! (bermula jam  10 pagi). Satu sejarah peribadi yang akan dikenang.

Kesian juga pada teman yang berada di UK sana, berjuang dalam berpuasa ketika siang yang panjang. Itu belum ditambah pengorbanan adik-adik untuk pulang kembali ke UK dan berhari raya di sana sedangkan cuti masih berbaki. Saya cukup terharu.

Terimbau juga ketika di kampus selatan, sering berjumpa dengan pelbagai alasan ketika bantuan diperlukan (termasuk saya sekali kot..).

Diri ini kena selalu diperingatkan. Walaupun sehebatmana ilmu yang ada, kelak menjadi tumpul jika kita menjauhkan diri dari menerima peringatan. Alhamdulillah, 10-15minit ketika ruang antara Tarawikh dan Witir menjadi medan tazkirah dikampung. Sedih juga, ada yang mahu menghalang. Kata mereka, menganggu keselesaan jemaah.

Terasa jiwa ini kosong kerana kurangnya menerima. Syukur, internet membantu mengakses blog murabbi-murabbi yang saya kira hebat. Ditambah adanya peluang untuk download kuliah-kuliah yang berlangsung. Alangkah banyak pahala yang membuat kerja-kerja ini?

Seminggu sebelum ramadhan, saya berkesempatan bertemu online teman yang menjadi ‘creative producer’ di Cyberjaya (syarikat milik sendiri). Banyak hasil kerjanya diiktiraf. Ketika di AYTHT dahulu, kami seangkatan. Sama-sama berlumba mencapai kejayaan. Allah telah lorongkan dirinya pada seni penerbitan.

Saya tanya, “Bila lagi mengusahakan produksi dalam konteks dakwah. Bukankah kita dulu sama-sama berkejaran untuk berada di saf hadapan solat di surau?

Saya tambah lagi, “Solat tidak boleh kita pisah dengan kehidupan. Apa yang kita ucap, harus dilaksana dengan perbuatan” (rujuk maksud doa iftitah-sesungguhnya solatku, hidupku, matiku kerana Allah Taala..)

Dia jawab, “inysaAllah, mahu buat.”

Saya mengaminkan doa teman itu. Moga dia berusaha untuk Islam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: