RSS Feed

Polis

Posted on

ihsan : malaysia insider

ihsan : malaysia insider

ihsan : malaysia insider

ihsan : malaysia insider

0.11

1. Kita semua mendoakan keseluruhan umat Islam serata dunia dalam doa kita selesai solat. Umat Islam termasuklah kaum keluarga, sahabat-handai, jiran tetangga muslim, polis-polis, menteri dan semua yang beragama Islam. Begitu juga kita mendoakan agar Allah menurunkan hidayahNYA kepada semua umat manusia yang bukan agama Islam.

2. Perhimpunan hari ini dashyat mengikut perkiraan saya. Dashyat dengan persediaan rapi Polis. Saya pasti, ramai pendemonstran amat KECEWA dengan tindakan pihak yang berkenaan. Suka saya ingatkan, ‘Polis-Polis Biasa’ seorang yang diajar untuk tunduk dan patuh pada pucuk pimpinan mereka. Pucuk pimpinan mereka menerima arahan dari orang paling atas.

3. Suka atau tidak, ‘Polis-Polis Biasa’ ini  melaksanakan tugas dan tanggungjawah yang diamanahkan kepada mereka. Sudah lupa ke, ‘Polis DiRaja Malaysia- PDRM’?

4. Oleh yang demikian, samalah kita berdoa pada Yang Maha Atas dan Berkuasa dari ‘Mereka-mereka yang berkuasa’ samada di Bukit Aman atau di mana sahaja yang ada kuasa untuk sedar dan insaf, kita akan berkumpul di Padang Masyhar kelak. Kali ini sudah tidak ada lagi ‘water canon’, ‘belantan’, ‘bom asap’ mahupun seangkatan dengannya ketika itu. Ketika itu juga, kita menyedari yang kita gusar jawapan kita pada Yang Maha Pencipta.

5. Kepada teman-teman pendemonstran, samalah kita berdoa memanjatkan ampun dan maaf kita kepada ‘polis-polis’ biasa. Lupakanlah apa yang mereka buat kepada anda semua. Paling penting, kita mendoakan Allah memberikan kita hidayah dan keampunan kepada kita dan semua sekali.insyaAllah, polis-polis ini akan bersama dengan perjuangan Islam kelak. Samalah kita mendoakan dan menunjukkan akhlak kita sebagai orang Islam tulen.

6. Lupakah anda semua akan Nabi S.A.W dilempar batu, dimaki dan diejek, dan paling ganas adalah cubaan membunuh baginda? Baginda tetap tenang dan bersabar walaupun baginda manusia seperti kita. Lupakah bagaimana Saidina Umar R.A ketika zaman jahiliahnya? Bukankah dia paling ganas didalam masyarakatnya? Akhirnya, Islam memandu dia menjadi orang yang dijamin masuk syurga!

7. Ada yang kata, penglibatan dalam parti politik ini adalah orang kurang tarbiyyah. Bila kita lihat kembali, pakcik-pakcik yang tidak belajar ke ‘overseas’ itulah yang bersedia menerima ‘water canon’, ‘bom asap’ dan sebagainya sambil memuji nama Allah (baca : Subhanallah, tabahnya meraka ini!). Adakah mereka kurang lagi tarbiyyah?

8. Dimana orang yang berjilid-jilid mengingati segala macam buku tulisan  Assyahid Imam Hasan Albanna? Dimana mereka yang ingin mencontohi Zainab AlGhazali? Ke mana mereka yang mangatakan mereka adalah idola Fathi Yakan? Kemanakah mereka yang mengikuti jalan tokoh-tokoh syadid era abad ke-20 ini? Saya tuju pada diri sendiri sebagai muhasabah kendiri.

9. Perjuangan bukan untuk hari ini semata. Esok, lusa dan hari seterusnya menanti. Perjuangan untuk dapat Redha dariNYA. La Tahzan, innaAllahama’ ana.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: