RSS Feed

ISA

Posted on

Esok ada demo. Gara-gara sudah berjanji dengan insan lain, maka tak ada kelibat saya di KL nanti. Sedih. Bukan tak menyokong, tapi tersepit. Ulang-alik KL-Terengganu bukan mudah. Minggu depan memang akan kena turun lagi. Orang hebat, kena ada mobiliti. Haha, saya belum hebat menjadi orang sebegitulah.

Say NO to ISA

Say NO to ISA

Berita RTM mengaitkan hubungan si Penyokong ISA akan bertembung dengan si Pembangkang ISA dalam siri demo esok. Katanya, pihak polis ada maklumat akan berlaku pergaduhan jika kedua kumpulan ini meneruskan demo. Satu alasan mudah menghalang demo berlangsung. Adakah ianya sekadar alasan menghalang?

Dalam siri-siri penyertaan demo saya di tanah air ini, provokasi adalah punca pergaduhan. Entah siapa yang memulakan provokasi, itu kena siasat betul-betul. Seperti kes di Batu Buruk, sampai ke hari ini langsung menyepi. Polis tembak orang tu!

Demo BERSIH 2007 amat membekas. Polis pun langsung tidak mampu berbuat apa-apa. Cuba bayangkan jika 100k manusia berarak menuntut keadilan dalam pilihanraya. Bukan merompak atau mencuri. Berjalan menyuarakan rasa hati.Masyarakat perlu diajar bertatasusila dalam apa jua tindakan. Berani bersuara dan membantah dalam etika dan kaedah yang dibenarkan syarak.

Mengapa ISA?

Bantahan kepada ISA bukan baru. Sejak dari dulu ‘akta drakonian’ ini menjadi senjata UMNO-BN untuk mengekalkan kuasa. Tahanan tanpa bicara ini cukup menakutkan sesiapa sahaja dan sememangnya jauh dari ajaran Islam. Berilah apa jua alasan sekalipun, hakikat yang jelas ianya mencabul hak rakyat untuk mendapatkan keadilan.

Untuk memahami apa yang berlaku dalam tahanan ISA, anda boleh baca tulisan di SINI.

Baca : Catatan anak tahanan ISA

Baru dapat SMS : Adun Permatang Pasir (PAS)- Dato’ Mohd Hamdan Abd Rahman meninggal dunia pagi ini. AlFatihah..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: