RSS Feed

PPSMI,Kedah dan Rejab

Posted on

1. Cepat masa berlalu. Rasa berhujung minggu pada minggu lepas seperti semalam. Kini masuk hujung minggu yang lain pula. Minggu ini dikerah keringat menyelesaikan ‘kerja-kerja’ rumah yang entah bila selesai. Cepatlah abis, mahu berkelana.

2. Heboh semalam, PPSMI dibatalkan berperingkat bermula 2012. Maka dalam televisyen menunjukkan statistik kemerosotan pelajar dengan program PPSMI itu. Kali ini TV baru tunjuk. Graf menunjukkan penurunan sehingga 2008. Tahun 2009 barulah dibuat keputusan.

3. Tahniah kepada pejuang bahasa. Usaha kalian menampakkan hasil. Lepas dibelasah dengan ‘water canon’ dan ‘bom asap’, akhirnya kepedihan bahan kimia itu memberi impak sewajarnya. Kata Menteri Pelajaran, “Keputusan ini dibuat atas asas pertimbangan objektif berdasarkan kajian empirikal dan saintifik, iaitu penemuan-penemuan atas dasar kajian yang khusus dilakukan”.-senyum sendirian.

4. Perlu diingat, keputusan mewujudkan PPSMI dulu dibuat oleh orang politik dan dengan menggunakan kuasa politiklah PPSMI dapat dihapuskan. Seminar sudah, penjelasan sudah, data dan graf telah di sertakan. Namun kuasa politik jugalah yang menentukan. Bila kerajaan goyah, barulah menadah.

5. Saya bukan tidak setuju meningkatkan penguasaan bahasa asing, tapi matlamat itu amat tidak praktikal. Sains dan matematik bukan terletak pada bahasa, tetapi pada ilmunya. Jika disusahkan dengan ilmu dan bahasa, bukankah kesian pada adik-adik dan anak-anak kita? Sekurangnya, bagilah mereka sedikit masa untuk mendapat asas sains dan matematik dahulu. Nak masuk bahasa asing, lepas itulah.

6.  Ada banyak isu lagi, antaranya isu perobohan kawasan sembelihan Babi di Kedah. Isu itu dijadikan agenda media arus perdana berkenaan dengan retaknya DAP dan PAS. Kata pembaca berita, ‘retak menanti belah’! Panas bunyinya.

7. Seperti biasa, jangan cepat melatah. ‘Cool and steady’. Cerita isu itu ada di sini1, sini2 dan sini3. Boleh baca. Yang penting, semua tindakan mestilah profesional. Pertengkaran tidak akan menjadi lebih buruk jika ada orang ke-3 yang menjadi penghasut. Kerana itu, dalam Islam seseorang yang bertengkar/panas baran dinasihat mengambil wuduk(sejuk). Kerana apa, menjauhkan sifat syaitan(api/panas) yang makin bermaharajalela dalam diri.

8. Ha, jangan lupa bulan ini bulan Rejab, bulan Allah S.W.T. Banyak hadis memperihal peristiwa dan fadhilat bulan Rejab ini. ‘Google’ saja, dan anda boleh baca. 2 bulan lagi menuju Ramadhan. Itupun jika nyawa dikandung badan. Jangan lupa akan kisah besar Isra’ dan Mikraj dalam bulan ini. Dianjurkan juga berpuasa sunat. Alhamdulillah, waktu di Malaysia tidak seperti di UK yang asyik-asyik berlaku perubahan yang agak besar dalam waktu solat. Normal di Malaysia, Terbit matahari (subuh) pada jam 5.30pagi dan maghrib pada jam 7.30mlm. Amat sesuai berpuasa sunat!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: