RSS Feed

ESQ165

Posted on

1. Sudah lupa yang ESQ 165 Mahasiswa angkatan ke 8 telah berlangsung dengan jayanya, dan saya tertinggal untuk bercerita. Tidak menduga juga, akhirnya saya salah seorang dari peserta yang saya sendiri lupa berapa banyak jumlahnya. Perjalanan dari Cheras Jaya ke Hotel Flamingo Ampang mengambil masa 15 minit. Biasalah, memecut selajunya ditambah dengan jalanraya yang lengang sempena cuti hujung minggu🙂

2. Kali pertama mendengar berkenaan dengan kursus ini bila bersahabat dengan ‘orang london’. Biasalah, hujung minggu bersama sahabat-sahabat. Cerita punya cerita, terkisahlah akan kehebatan dan ketakjuban akan kursus ini. Bila ditanya berapa kos kursusnya, kata mereka mencecah ribu ringgit.Wah!

3. Bila ditanya apa yang ‘best’ dalam kursus ini, ‘orang london’ itu jawab, “pergilah dulu.. cuba rasa”. Itu membuatkan saya lagi tertanya-tanya. InsyaAllah kata saya.

4. Beberapa bulan selepas itu, isu ESQ 165 ini timbul berkenaan beberapa hal berkenaan akidah. Beberapa komentar telah di hujahkan oleh ulama’ dan cendiakawan. Saya mengikuti satu persatu. Walaupun demikian, saya rasa AMAT perlu saya pergi untuk merasai sendiri pengisiannya.

5. Ada satu kursus untuk ‘Mahasiswa’ yang saya dapat iklannya.Kos dia agak murah berbanding kursus lain kerana ianya versi ‘mahasiswa’. Tarikhnya bertembung dengan tarikh saya mengerjakan umrah. “Aduh, bukan rezeki saya..”,ujar saya setelah mendapat iklan itu. Entah macamana, umrah yang saya rancang tidak kesampaian. Tiket terlalu lambat membuatkan saya terpaksa membeli tiket sendirian. Kebetulan, ada beberapa ‘hal penting’ yang membuatkan saya perlu pulang awal. Tarikh dan ketikanya amat sesuai untuk saya menghadiri kursus itu. (baca : “kita merancang, dan sebaik perancangan adalah dari Allah S.W.T”)

6. Saya mengakui yang saya telah menghadiri pelbagai kursus motivasi, seminar, kem dan bermacam-macam jenama program. Kita akan menetapkan apa matlamat kita dalam penyertaan sesuatu program itu. Kerana itu penyertaan yang berunsurkan keterpaksaan diri perlu dielak. Ini kerana kita tidak akan merasai ‘feel’ dalam program nanti.

7. Ya, saya suka ucapan ‘A’ ketika saya perlu hadir dalam program ‘TS’ di kampus dulu. Katanya cukup berbekas. Jadilah diri sebagai gelas yang kosong untuk diisi. Ya, saya lebih senior tetapi keegoan diri perlu diatasi.. Saya ‘set’ diri untuk menerima input sebanyak mungkin dalam ESQ165 mahasiswa angkatan ke-8.

8. Secara keseluruhan, ESQ165 adalah ‘recommended programme’ saya kepada yang membaca tulisan ini. Kita perlu akui, kelemahan dan kekurangan sesuatu program itu pasti akan ada. Tetapi, ianya cukup amat bermakna. Melaburlah (jika mampu) untuk mempertingkat potensi, kesedaran dan pengetahuan kita. Kan Allah telah menjanjikan ‘tidak akan sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu itu’?

9. InsyaAllah, pelaburan itu bukan hilangnya wang ringgit tetapi ketenangan dan keredhaan olehNYA yang kita cari.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: