RSS Feed

MBKPI

Posted on

Alhamdulillah, berjaya juga tamatkan Kursus MBKPI di negeri kelahiranku ini. Apa itu MBKPI? Ianya adalah ringkasan kepada Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam. Sijilnya adalah prasyarat kepada pendaftaran perkahwinan Islam di Malaysia.

MBKPI versi dulu-dulu.

Masih teringat lagi akan abang-abang dalam persediaan menghadiri MBKPI. Dulu tidak ada kursus. Mereka perlu hadir ke Pejabat Kadi untuk satu sessi soaljawab (temuduga) berkenaan fardhu ain. Soalan lazim seperti bacaan qunut, tahiyyat dan hal-hal ibadah biasanya akan ditanya. Mundar-mandirlah si abang menghafal berdasarkan ‘buku fardhu ain’ itu.

Mungkin pertambahan bilangan mereka yang berkahwin dan seiring dengan kemajuan semasa, temuduga zaman dahulu telah berubah menjadikan ianya lebih senang. Cuma bayar untuk mengikuti kursus dan hadir, kemudian boleh mendapat sekeping sijil yang boleh digunakan sebanyak yang mungkin jika mahu berkahwin. Mungkin juga komplen tidak jemu-jemu dari masyarakat yang melihat proses perkahwinan ‘cukup menyeramkan’ terutama temuduga yang mereka anggap ‘killer’ itu. Akhirnya, ada yang melihat ‘kahwin di Siam’ adalah cara penyelesaian terbaik.

MBKPI

Saya sudah beberapa kali terlepas mengikuti kursus ini. Saya teringatkan 2 kali saya terlepas mengikuti kursus ini ketika di kampus selatan dan 1 kali di bumi asing. Ketika di kampus selatan, saya telah terlepas gara-gara ujian dan saat-saat getir berhadapan pilihanraya kampus. Maka, langsung tidak berpeluang mengikutinya. Ketika menunggu kursus yang lain, berbagai-bagai halangan yang ada. Akhirnya niat itu tertinggal disitu saja.

Alhamdulillah, cuti yang panjang ini saya mengikutinya bersama masyarakat di sini. Tidak bersama-sama teman sekampus mahupun ada teman yang dikenali. Saya adalah ‘unknown man‘ pada program kali ini. Disinilah bagaimana kita dapat membiasakan dengan masyarakat yang pelbagai latarbelakang dan status.

Lupakan seketika pengisian kursus…

Kursus 2 hari ini membangkitkan beberapa kesedaran yang cukup berharga. Saya mengenali keadaan masyarakat dengan mata-kepala saya pada 2 hari ini. Parah!

Fakta 1 : Daripada 10 orang lelaki yang ditanya tentang satu ayat al-quran yang terpampang di skrin, cuma 2 orang sahaja dapat membacanya.

Fakta 2 : Daripada 30 orang lelaki (lebih kurang) yang hadir ke kursus ini, cuma 5 orang sahaja yang solat berjemaah ketika masuk waktu solat. Catatan : program berlangsung di dewan masjid.

Fakta 3 : Daripada 30 orang lelaki (lebih kurang) yang hadir itu tadi, cuma 1 orang yang tidak merokok. Saya rasa seperti berasal dari planet asing (alien). hoho..

Fakta 4 : Fakta penceramah -Soal selidik secara rambang kepada rakyat Malaysia yang beragama Islam, hampir 70 peratus tidak bersolat.

Fakta 5 : Daripada jumlah mereka yang berkahwin di negeri Terengganu, sebanyak 10-15peratus dari kalangan mereka akan bercerai-berai

Fakta 6 : Daripada Timbalan Pendaftar Nikah Daerah,katanya jumlah anak luar nikah dinegeri ini cukup membimbangkan. Di daerah ini sahaja (Hulu Terengganu), yang melaporkan kes anak luar nikah pada bulan  ini sahaja mencapai angka 3 orang (itu yang melaporkan). Masih ada lagi anak luar nikah di Hospital Daerah itu.

Fakta 7 : Anak yang dilahirkan tanpa ber’bin’kan bapa kandung di negeri ini mencecah angka 1300 orang pada tahun lepas.Apakah nasib anak-anak ini nanti?

Banyak sebenarnya fakta-fakta tertulis ketika berkursus ini.Lebihnya berkursus di kampung halaman berbanding di kampus, kita menyedari secara ‘live’ kerosakan masyarakat yang berlaku pada hari ini kerana saya bersama mereka yang lain.Seakan bertanya juga, adakah mereka sudah bersedia? Saya banyak bertanya sendirian mengapa dan mengapa..

Kawan-kawan saya(rakan-rakan satu kursus) tadi, tidak lama lagi mendirikan rumahtangga. Menambah lagi beban tanggungjawab yang sedia ada. Ibaratnya, seolah menambah lagi beban 1 kali ganda yang kita ada sekarang. Yang saya perasan pada mereka, keseronokan. Ya, seronoklah. Tapi sedarlah, BEBAN itu boleh menghempas kita ke neraka jahanam.Mahukah kita?

Konklusi :

1. Masyarakat parah. Apa tindakan saya? dan yang membaca ini?

2. Syukur. Allah masih memberi hidayah, rahmat dan kasih-sayang pada kita.

3. Tidak ada jalan mudah mendapat redha Allah. semuanya memerlukan pengorbanan dan pengorbanan.

2 responses »

  1. Salam,
    aku pun kursus di luar dulu.
    situasi sama seperti kau.
    aku kursus di Masjid Bandar Baru Uda.
    Masyrakat makin parah.
    Ya,kita perlu lakukan sesuatu.
    Bila kau nak kahwin?
    dengan budak terengganu juga?

  2. nanti aku inform balik pasal kawin. insyaAllah 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: