RSS Feed

Ketua

Posted on

Zaman sekolah

1. Masa zaman sekolah, jika ada perlantikan organisasi seringkali ada undian. Semua tidak mahu jadi ketua. Malu-malu kucing. Jika dicalonkan, selalu memujuk kawan-kawan agar tidak mengundi diri yang dicalon. Best benar. Baru kita tahu, kawan-kawan kita pilih siapa yang berkaliber.

2. Bila ada jawatan, laksanakanlah tanggungjawab. Bukan salahguna kuasa. Kena tegas dalam menjalankan amanah.

Zaman lepas sekolah

1. Kali pertama saya tengok orang publisiti diri untuk mendapat jawatan ketika di MRSM. Wah, bukan kemain lagi. Ada janji bina lif untuk bangunan 3 tingkat. Sudah pasti tak akan ada. Ada pula orang sokong? Mungkin patah kata-kata dia telah menjadi kekaguman manusia.

2. Susah nak cakap pasal ada jawatan. Ada jawatan salah, tak ada jawatan pun salah. Akhirnya jadi serba-salah. Ambil pendekatan bersederhanalah.

Orang-orang politik.

1. Orang politik zaman sekarang mahu kuasa sebab mahu KAYA (mereka yang metarialistik/tidak semua).  Zaman Khalifah dulu, bukan kaya tapi KAYAP (kedana) (bacaan tambahan : Kisah Khalifah Umar Abdul Aziz dan lain-lain). Balik kampung haritu, ada hamba Allah ini yang sudah pegang ahli Parlimen. Sudah pakai Merchedes Benz bukan second hand. Jiran saya tu!

2. Agak-agak, jika diri sendiri pegang kuasa, mahukah aku hidup sederhana? Soalan uji minda!

3. Saya? Tak mahulah ada jawatan official ni.. Duduk disebalik tabir. Janji buat kerja. Amanah diri sendiri tak tertanggung. Lepas ini bertambah lagi amanahnya. Jika bertambahnya amanah dapat meningkatkan pahala, suka juga. Perlahan-lahanlah..

p/s : Setakat berteori. Berada di separa medan ini pun lemah kedana (muhasabah diri).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: