RSS Feed

Tun kata..

Posted on

1. Tun Dr. Mahathir kata, mewujudkan kerajaan perpaduan, bukan satu cadangan yang baik.

2. Alhamdulillah, saya mendapat pencerahan berkenaan hal UG ini ‘live’ dari benua sana. Tidak sia-sia berjaga sehingga jam 2.30pagi, untuk mendapat gambaran yang jelas.

3. Isinya,tak perlu dicerita kerana ianya ‘hal dalam rumahtangga’. Kita tengok siapa yang kuat bergegar. Dekat situ kita tahulah bagaimana akal dan cara mereka.

4. Tun ni bijak. Tua-tua bukan sembarangan. Sebab itu sukar mencari orang sehebat Tun. Dia faham apa itu UG.

5. Kita tengok setakat mana bersungguhnya UMNO dengan UG ini. Saya rasa sekadar menutup lompang mereka yang cukup besar tak terkata.

6. Tembakan Husam juga tepat. Jika UMNO mahu sangat UG ini, apa kata UMNO tidak masuk bertanding di MU (Manik Urai) pada Julai nanti. Tak perlulah kawan saya (Adib) berkampung di sana. Saya pun tak perlu curi masa mencari alasan untuk menghilangkan diri seketika ketika rumah di kampung masih kelam-kabut tak berkemas. Kesian juga Puan Mun yang rindu pada zaujinya (baca: saya suka entri ini). Terkesan..

p/s : Sudah berapa kali orang kampung tanya bila mahu pulang. Ye lah..ye lah.. lepas ESQ training hujung minggu ini, anakanda ini akan pulang ya.Sabar abang-abangku dan kakak-kakakku ya.. Kali ini apa benda yang kena pujuk beli pula🙂

Jam 6.30pagi esok dah kena start enjin! Tika ini, internet baru maintain ok. Alamak. sudah lama tak post gambar. Malas.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: