RSS Feed

Bila naqib bertanya..

Posted on

Apa khabar tarbiyyah diri?”, soal naqib dari Kota London itu.
Saya ceritalah dengan ‘buku‘ dan ‘projek besar‘ di rumah ini.

Tarbiyyah bagi saya bukan sejenis yang formal sangat pun. Jalan kaki tarbiyyah, membaca buku adalah tarbiyyah, semua kerja saya kira tarbiyyah. Tapi, kita lupa dalam amalan seharian yang kita sedang mentarbiyyah diri sepanjang masa. Hidup bermasyarakat pun kena tarbiyyah. Bukan usrah sahaja!

Lain-lain
Baru semalaman berada di kampung halaman. Tinggal hampir 4 hari di Cheras Jaya, 2 malam di Perak dan baru menjejakkan kaki ke bumi Ajil ini. Alhamdulillah.
Kebetulan, rumah dapat diakses internet secara percuma(tapi, macam biskut!). Apa lagi, dapatlah tiba di ruang alam maya yang menjadi darah daging kehidupan digital sekarang.

Sejak bulan 9 tahun lepas hingga hari ini, kampung ini banyak berubah. Sekejap saja. Rumah abang di depan rumah sudah ditambah lagi. Sekarang berkira-kira mahu menyelesaikan hal rumah ini. Sudah 14 tahun cat di dinding rumah tidak diperbaharui. Percutian tahun ini saya akan cuba selesaikan hal ini, insyaAllah.

Ibu tanya

Soalan cepu emas ditanya ibu. Saya jawab. Bila berjumpa dengan adik-beradik, soalan yang hampir sama ditanya juga. Mengapa perubahan dengan tiba-tiba tentang ‘perancangan masa depan’?. Sedangkan diri saya sebaliknya sebelum ini, cuba mengelak dan tidak mahu berbicara. Kali ini, hujah saya mengimbau kembali persoalan yang ditanya sebelum ini. Mudah.

Saya suka jawapan yang mudah. Tak perlu ditulis disini. Ada juga soalan-soalan yang rasanya berbalik pada keyakinan kita pada yang maha Esa. Rezeki,jodoh dan maut itu tertulis olehNYA. Tidak perlu runsing tentang hal itu, selagi berpegang teguh dengan akidah ini. Yakinlah, janji usaha!

Saya teringat dalam muhasabah kepimpinan di X dulu. Kak E ada bercerita tentang perkara yang tidak disangka berkenaan rezeki. Saya kagum dengan cerita itu bilamana zaujinya menerima rezeki dengan cara yang cukup pelik(mungkin karamah?). Bila kita sudah usaha, tawakkal padaNYA. Allah maha mendengar!

Syaitan berbisik.

Tika ini, syaitan mulalah dalam proses berbisik. Menambahkan lagi was-was tentang keputusan diri. Memang itu ujian external, walaupun ianya mudah berjangkit pada internal kita. Doalah.

Bagi mengisi ruang masa, beberapa projek segera diatur di rumah ini. Cat rumah (over bajet ni), ikat bata (simen) dan beberapa kerja buruh menanti. Kerja yang lain, mengikuti kursus ESQ dan kursus X(belum isi borang lagi). Orang di kampung bising kerana asyik ‘sibuk’ sedangkan mereka tidak tahu apa yang saya buat. Redha, tak apalah.

Rugi

Tuan Guru Presiden turun ke London. Rugi, sudah pulang. Bukan rezeki. Pada mereka yang ada di sana, boleh membaca iklan yang disampaikan kepada saya tentang program Tuan Guru Presiden di SINI :

Catatan : Menunggu hujung minggu ini 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: