RSS Feed

Plan 1 : Kolej

Posted on

Tiba di Kolej X pada jam 11pagi. Perjalanan dari Bandar Tasik Selatan ke Kolej X sebenarnya tidaklah terlalu lama, tetapi memandangkan mahu melewatkan perjalanan kerana sudah berjanji dengan adik untuk berjumpa kembali di Bandar Tasik Selatan pada jam 5petang.

SMS A,B,C,D dan E (rakan sekelas) memaklumkan kehadiran. Semuanya ada komitmen. Maklumlah, mereka semua bekerja. Saya nekad ke Kolej berkeseorangan. Nak menuntut wang milik saya🙂 Tiba di kolej pada jam 11pagi.

Kolej seperti biasa, tidak berubah dari dulu. Cuma ada sedikit sahaja perubahan. Fizikal tetap sama. Lokasi pertama yang dituju adalah ‘Finance Department’. Berbual berkenaan status akaun saya yang terkini. Lama juga berada disitu. Kemudian baru teringat, yang saya boleh menuntut wang sempena konvo tempohari (tidak menghadirinya). Saya sepatutnya naik ke pentas sebanyak 2 kali. Nama pun tertulis dalam buku konvokesyen yang nama saya dicetak dua kali. Alhamdulillah…🙂

Selesai saja urusan itu, saya cuba mendapatkan ‘clearance chit’ untuk mendapatkan sijil diploma keluaran University of Wales(UWCN) itu. Terus turun ke Registrar untuk permohonan itu. Malangnya, sijil itu masih lagi tidak kedapatan. Sudah lebih setahun enam bulan tamat pengajian. Tetapi, masih lagi tidak memperolehi sijil itu. Geram juga. Kali ini dijanjikan untuk mendapatkannya pada akhir Julai. Bersabar sahajalah..

Kafeteria di kolej mengingatkan saya pada rakan-rakan sekelas. Disitulah tempat bercerita panjang. Biasanya saya bertiga. Muka Ikhwan,Bigshow dan saya telah menjadi sinonim dikalangan kami. Setiap kali kerja, kami akan bersama. Buat assignment bersama, kerja part-time bersama, ke kelas bersama dan bermacam lagi bersekali. Merekalah yang saya harapkan memandangkan saya cuma ada 3 semester di kolej itu.

Saya SMS ustazah. Tapi tidak mendapat jawapan. Pelik juga.Rupanya ustazah bercuti seminggu. Lantas, naik ke bilik pensyarah. Melihat list nama terkini. Sudah banyak pensyarah yang sudah bertukar. Puan Azlina yang banyak membantu saya itupun sama. Sudah bertukar juga!

Jumpalah juga dengan Mdm. Devika Sethu. Pensyarah pertama saya di situ ketika mula-mula sampai. Panjang lebar juga bercerita. Maklumlah, dia adalah mentor saya ketika berada di kolej ini satu ketika dulu. Dia masih lagi mengingati saya. Hehe..

Guru itu lilin

Sepanjang pengalaman saya di kolej ini, keakraban saya dan pensyarah di situ cukup baik. Amat baik berbanding di tempat sebelumnya dan di UK sekarang. Sehinggakan setiap pensyarah saya selalu sms dan telefon untuk bertanyakan sesuatu.

Walaupun di kolej sahaja, saya rasakan kemanisan menuntut ilmu di situ. Apa tidaknya, segala proses mendapatkan ilmu berlangsung secara dua hala, bukannya satu hala semata-mata.Saya rindukan proses sebegitu..

Ramai pensyarah sudahpun bertukar. Sedih juga tidak dapat menemui mereka. Tak apalah, sekurangnya saya amat mengingati mereka walaupun mereka sudah tidak berada di Kolej itu lagi.

KL

Jam 1tengahari, saya bergegas ke KL. Melihat jualan yang ada sempena cuti sekolah itu. Ada beberapa barang yang perlu saya cari dan lengkapkan yang masih lagi tidak diperolehi. Begitu juga dengan sejumlah buku-buku yang telah saya idamkan semenjak berada di UK lagi. Hasilnya, saya belanjakan sejumlah wang yang hampir mencecah rm500 untuk buku-buku (8 biji buku) dan kelengkapan saya itu(sudah masuk dalam belanjawan asal-bukan over budget ya!).

5pm.Tercegat di Bandar Tasik Selatan. Adik masih dalam perjalanan, katanya.Janji mesti ditunaikan!

p/s : panas weh..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: