RSS Feed

Malaysia

Posted on

Alhamdulillah. Sudah sampai Malaysia.

Kerja pertama yang dibuat, mendukung anak saudara yang paling muda, Aiman! Suka benar dia. Ketika belum tiba di UK kurang setahun yang lalu, dia masih berada dalam kandungan. Hari itu, saya dukung. Geram benar pada comel dia.

Adik menyambut di KLIA. Proses imigresen dan kastam lancar tanpa apa-apa halangan. Adik ipar cerita, adik saya masih belum makan. Katanya mahu ke Restoren makan masakan Malaysia. Hasilnya, Tom Yam dan Daging Masak Merah buatan orang kelantan di Serdang menjadi pujaan🙂

Sampai rumah adik, dibuka segala barang-barang yang ada dalam beg. Bimbang akan coklat mencair. Bimbang juga ada barang-barang yang rosak, maklumlah nilai barang yang  ada dalam beg bukan murah!🙂

Adik keluarkan ‘Vodafone-Celcom device’  untuk wireless connection di rumah. Semacam tahu-tahu sahaja yang saya gila dunia tanpa sempadan. Thanks for 24hrs internet connection sepanjang berada di rumah dia ini. Jadi, sekarang sudah boleh online.Tidak ada jetlag pun. Sebab, saya seorang yang cepat ikut persekitaran. Dalam flight Emirates semalam dapat tidur dengan penuh nyenyak. 3 kerusi dapat di milikki oleh saya (baca: banyak kekosongan tempat duduk dalam pesawat). Secara peribadi, suka pada Emirates, sebab dapat makan yang amat best! Heheh..

Dalam kereta, beberapa soalan ditanya tentang peribadi dan hal berkaitan cuti ini oleh Adik Ipar dan anak saudara yang bercuti semester itu. Saya lebih gemar untuk memberitahu agar bersabar dahulu. Nanti akan dikongsi ketika ‘Family Day’ nanti di Tasik Merah Laketown Waterpark. Yea!!

Cuaca di Malaysia boleh tahan panas. Pagi ini pun sudah dipasang kipas. Tidak tahan juga awal-awal ini. 4 bulan ya berpanasan..!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: