RSS Feed

Ukur baju pada badan sendiri

Posted on

Wah.. banyak benar jam-jam yang berada di pasaran..“, Dari jenama bermula A sampailah Z. Jika dalam Amazon.com itu, jumlah stok yang dijual mencecah 8448 jenis yang berbeza. Kelabu mata melihat sejumlah jam yang berbeza-beza itu.

Jam yang berada ditangan sekarang sudah berusia 5 tahun (kot?). Hadiah yang diminta kepada anak saudara yang belajar dari Jerman. Berjenama Casio dan semestinya kegilaan saya pada digital, bukan analog yang disukai oleh sesetengah pihak. Bagi saya, analog itu lama dan digital adalah gaya terkini. Tapi, ada orang fikir yang analog itu adalah stylish dan tradisional(ala-ala inggeris yang sukakan bangunan lama-lama,haha..).Tidak kisahpun analog atau digital, semua ada pendapat dan citarasa tersendiri.

Mana mungkin memaksa seseorang meminati apa yang tidak disukai, sedangkan isunya adalah cabang. Murah atau mahal, warna gelap atau cerah, atau pelbagai perkara teknikal. Kena cubalah menjiwai citarasa orang lain.

Keperluan atau nafsu

Berbalik soal jam, pembeliannya biarlah mengikut keupayaan sendiri. Selalu terfikir, ada orang yang mempunyai jam yang cukup mahal, tetapi langsung tidak menghargai masa. Cuma memperlihatkan jenama X origanal yang terkenal seantero dunia, tapi nilai pada barang tidak sama dengan kualiti diri.

Saya selalu merasional setiap pembelian. Jika barang murah dan ada keperluan, mengapa tidak membelinya? Mengapa memilih barang mahal, sedangkan ada alternatif lain yang boleh dicari dengan kualiti yang sama.Alah membeli, bijak memakai..

Fenomena Susan Boyle

Bila membaca cerita-cerita tentang fenomena kehebatan Susan Boyle(nama ini diketahui dari pembacaan blog Ustaz Erfino, kurang peka isu semasa di tanah Inggeris ini-hehe..), saya teringatkan kehebatan jenama-jenama yang berada di pasaran. Jenama berkadar terus dengan kualiti. Semua orang berharapkan jenama itu paling utama disamping kualiti. Orang memilih Susan Boyle (walaupun kalah kepada grup Dance-lupa nama grup itu), kerana kualiti suaranya dan seterusnya nama Susan Boyle terus menjadi top kepada ‘google’ pada satu ketika.

Bila gosip dan tohmahan melanda Susan, popularitinya makin meningkat. Namun kelemahan dia menangani gosip dan media, menyebabkan dia merudum kalah pada pertandingan akhir. Kerana apa? Saya menjangkakan kualiti yang dimilikki oleh Susan Boyle dapat diatasi oleh grup Dance yang lebih berkualiti (pendapat peribadi).

Jenama satu hal, kualiti juga satu hal. Saya letak kualiti ditangga nombor satu dan jenama adalah penyokong kepada pembelian. Biarlah duit itu bernilai. Diri kita tidak mahu berkualiti ke?

Catatan : Entri ini ditulis 10 jam sebelum penerbangan ke Tanah Air🙂 Sudah lama kempunan Keropok Lekor dan makanan-makanan Malaysia itu (nasi dagang,nasi minyak, nasi kerabu, ayam percik dll). Cuti lama ini mahu digunakan sebaiknya, insyaAllah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: