RSS Feed

Kerja Y

Posted on

Rentetan entri kerja X.

Kali ini bercerita tentang pengalaman di sebuah Konsultan Mekanikal dan Elektrikal. Sepeti biasa, biarlah gambar memberi pencerahan.

14-12-07_1954

Beginilah meja staff seorang lelaki yang amat sibuk dengan pelbagai tugasan. Darilah menulis surat,rekabentuk, membuat arragement meeting (amat dan teramat banyak meeting), hantar faks, claim gaji sendiri dan lain-lain. Ketika ini sibuk dengan proses membuka tender.

12-12-07_0942

Jadi pekerja konsultan, amat wajib berjalan kemana sahaja tempat projek dan untuk bermesyuarat. Ketika ini mahu ke Pejabat SUK Johor. Dekat Angsana (jalan tengah diperbesar. sabar ajalah..)

12-12-07_0948

Hari ini hari sabtu. Kerana takut kena marah untuk mesyuarat hari Isnin, memberanikan diri ke Hotel ‘HANTU’ itu untuk membuat survey berkenaan dengan projek hotel yang di naiktaraf. Kerjanya cukup leceh. To create a new electrical plan is easy to renovate another plan. Mesyuarat projek ini paling menyampah dalam hidup bekerja saya disitu!

30-11-07_1619

Proses drawing  electrical plan. Komputer laju. Bagus! Atas meja tu ada pelan yang lepas yang sudah siap.

Ofis-ARASH awal pagi (3)

Rakan sekerja. Tempat dia bukan disitu, tetapi memandangkan yang duduk situ asyik kena keluar, dia memberanikan diri menumpang disitu. Haha.. Fairus-junior saya!

Ofis-ARASH awal pagi (4)

Boss, kalau tahu pekerja dia nak berenti akan membuat satu dinner khas untuk pekerja dia. Malangnya, hari terakhir saya berada dipejabat sehingga jam 5pagi! Ada satu submission penting perlu diselesai. Boss kata, dia nak saya masuk ke tempat kerja baru lewat sedikit. Saya kata, saya mahu juga berhenti. Sebagai pekerja yang baik hati, hari terakhir digunakan untuk menyelesai tanggungjawab. Sebab itu boss yang disayangi itu telah belanja (bagi duit yang besar) untuk dibelanja ramai-ramai. Malam tu kenyang. Makan dekat luar ofis dan terus sambung kerja. Another day, dia buat ofis family day. Saya tak boleh pergi, kerana terpaksa lapor diri. Wa…

Nota : Baru perasan, kerja sini tak banyak gambar. Kebanyakkan gambar dekat meja sahaja.🙂 Next entri adalah Kerja Z pula -pengalaman kerja di Restoren. Ada 3 lagi selepas itu. Kerja di Stesyen Minyak, Koresponden PZS dan Data Entri Officer. Erm. Bila bercerita, baru perasan yang saya ini telah masuk banyak bidang. Apa lagi lepas ini. Research? Engineer? Lecturer? Peladang?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: