RSS Feed

Kerja X

Posted on

Wah. Teringat zaman kerja dulu pula. Bila kerja, berkobar-kobar nak masuk alam belajar. Bila belajar ni, rasa mahu kembali ke alam kerja. Semua ada stress yang tersendiri, bak kata orang ada pro dan kontra.

Teringat

Belek-belek kembali album yang sempat diambil ketika bekerja di X. Gambar itulah mengembalikan memori itu.  Best!


ATM Bank Islam di Billion Semenyih

Ini kes yang paling best. Ada ke nak buka ATM, suruh masuk barang dkt sini. Booth tak ada, cuma tinggal begitu sahaja. Jauh pula tu kena masuk, sehingga ke Semenyih sana. Sorang-sorang pula tu.


bilik fiber sg besi (3)

Alarm-alarm yang ada. Kita mahu ‘hijau’! Jika merah, mati (haha..)


Cabinet@Balai Polis Abd. Baginda Bangi

Ini tugasan yang kedua (barangkali) buat kerja one-man. Masa ini bawa Ridz dan Ain(practical). Alhamdulillah, tak ada masalah.


Doket-Pusat Lat. Public Bank (5)

Ini satu kes dekat Public Bank. Susah benar nak trace error berpunca dari mana. 3 hari ulang-alik. Mula-mula ok, bila balik dah tak ok. Berpenunggu betul tempat itu. Dah la,nak masuk punya susah.At last, kami tukar semua benda totally. Setiap pintu ada security code.  Nak masuk saja, kena lalu 5 pintu!

hua wei cabinet (4)Yang ini versi terkini power generator buatan China. Sinilah berpanas ditengah petang melihat kontraktor ‘setting’ peralatan. Makan masa 3 bulan disini. Saya masuk hari last. Sebagai pemerhati. Lepas siap, pekena cendol bangi🙂

Kerja apa tidak ada stress. Belajar apa yang tidak senang. Semuanya perlu SUSAH. Bila bekerja, kita berhadapan dengan teman sekerja dan juga client, dalam belajar kena menghadapi lecturer dan juga rakan sekelas. Semua ada karekter tersendiri.

Semuanya memerlukan ketekunan dan kerajinan. Dengan kata lain, USAHA.

catatan : gambar-gambar dimasukkan adalah gambar umum ditempat kerja, tidak terlalu spesifik. InsyaAllah, selepas ini entri sebagai konsultant M&E dan kerja di Restoren (part time 2 bulan cuti)


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: