RSS Feed

Offline

Posted on

Beberapa hari tidak berkesempatan untuk update. Pada angka 888 pelawat itu, saya ‘hold‘kan seketika setelah terkejut dengan jumlah lawatan ‘pelik’ beberapa hari lepas. Hairan bagaimana ‘exponantial increase‘ dalam jangkawaktu sehari. Kerana itu, bila kita rasa terlalu kenyang, kita cuba berpuasa (apa kaitan?). Haha..

Pagi tadi terkebil-kebil menyiapkan laporan untuk dihantar. Ada satu bahagian masih tersangkut beberapa hari yang lalu. Maka, laporan tersebut juga tersangkut gara-gara kes itu. Namun, Alhamdulillah kesemua telah berjaya dihantar mengikut masa yang telah disarankan.

Kepergian Umrah tahun ini telah terbatal. Berita baik malam ini, ejen telah dapat ‘flight‘ untuk tujuan Umrah itu. Malang, tiket pulang sudah dibeli. Mahukah membatalkan, atau menyimpan duit lagi untuk hadirkan diri pada tahun hadapan?

Sedang perancangan beberapa hari terawal di Tanah air telah pun dirancang, berita itu cukup mengejutkan. Ada teman menyarankan, dicuba pada tahun hadapan. Saya terasa amat rugi, kerana masih belum tentu boleh bernyawa pada tahun hadapan, hatta beberapa saat lagi.

Peperiksaan akhir sudah tidak lama. Kurang dari 2 minggu dari sekarang. Hati ragu-ragu dengan ulangkaji. Mungkin lantaran tugasan lepas yang baru selesai petang tadi. Alhamdulillah dapat juga hantar!

Banyak mahu dicerita. Acapkali bila menulis, apa yang dirancang berubah sekelip mata. Mungkin ada pembaca yang memerhati saya. Ingat saya tidak tahu? Huhu..

Saya sudah buka blog ini,siap ubah wajah lagi!

Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,pada hal ianya amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.-Al-Baqarah:216

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: